Wanita tahu diri sebenarnya lelaki selepas 25 tahun
Seorang ‘wanita’ di China hanya mengetahui hakikat diri sebenarnya lelaki selepas dia berusia 25 tahun.
Global Times melaporkan rahsia itu terbongkar ketika Pingping yang berasal dari wilayah Zhejiang dekat timur China itu melakukan pemeriksaan di Hospital Universiti Zheijiang.
Pada mulanya, dia pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana terseliuh pada pergelangan kaki.
Hasil pemeriksaan lanjut kemudian mendapati Pingping tidak mempunyai rahim atau ovari.
Sebaliknya, dia hanya mempunyai alat kelamin wanita ‘yang belum matang’ dan kromosom Y lelaki.
Doktor juga gagal menemui testis tersembunyi di dalam tubuhnya, yang mungkin ‘merosot’ dan ‘menyusut.’
Selepas diperiksa dengan teliti, Pingping disahkan menghidap penyakit kongenital.
Penyakit itu kemungkinan disebabkan perkahwinan ibu bapanya dengan saudara-mara.
Pingping dilaporkan sudah berkahwin pada tahun lalu cuma tidak dikurniakan cahaya mata.
Ia kerana dia dikatakan tidak dapat hamil.
Berikutan itu, Pingping kini dinasihatkan doktor untuk merujuk dengan pakar psikologi bagi menentukan hala tuju kehidupannya. – HM