Wanita kongsi rahsia mentua jaga periuk 22 tahun, berkilat macam baru, hanya guna sabun mandi saja

Wanita kongsi rahsia mentua jaga periuk 22 tahun, berkilat macam baru, hanya guna sabun mandi saja

 

Zaman sekarang ni kalau nak cari tip mesti terus buka telefon dan cari sahaja, tak ada dengar nasihat orang lama lagi.

Sedangkan tip orang lama ni sebenanrnya lagi membantu daripada tip merepek yang ada di sosial media.

Umum tahu bukan senang nak jaga periuk, kebiasaan ada sahaja sedikit kesan gelap disebabkan penggunaan terlalu lama atas api.

Seorang pengguna Facebook, tampil berkongsi tip daripada mak mentuanya mengenai cara jaga periuk agar tak berkerak walaupun sudah 22 tahun.

Kadang kita jadi malas nak cucui lepas ada kerak tebal, mesti basuh ala kadar kemudian ganti dengan periuk baru.

“Selalunya periuk kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar juga nak cuci dan sental.

“Saya gunakan berus dawai cuci periuk dan lebihan sabun mandi. Sabun kita guna tu lebihannya jangan dibuang,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bahan-bahan:

  • Periuk
  • Berus dawai
  • Lebihan sabun mandi jenis buku

Cara-cara:

1. Rendam berus dawai dengan sabun mandi dan sedikit air.

2. Tekan sikit-sikit hingga air jadi berbuih.

3. Kemudian ambil periuk dan sental periuk.

4. Bilas dan cuci hingga bersih. Berkilat jadinya, sedap mata memandang.

“Berus dawai ni juga tahan lama sampai tiga ke empat hari. Tak mudah berkarat. Cubalah. Periuk saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.”