Wanita kecewa ulat putih bergerak-gerak dalam nasi kerabu, dah nak berbuka baru perasan
Isu makanan tidak memuaskan serta basi dari bazar Ramadan sering timbul sejak akhir-akhir ini.
Ia berpunca dari sikap sambil lewa peniaga terhadap penyediaan juadah yang dijual dan didakwa hanya mahu mengaut keuntungan.
Terbaharu, tular satu rakaman video TikTok oleh Naleeya yang telah menjumpai ulat kecil berwarna putih dan masih hidup di dalam nasi kerabu yang dibeli dari bazar Ramadan.
Difahamkan wanita itu baru sahaja menyedari kewujudan ulat berkenaan ketika waktu hendak berbuka puasa.
Akibatnya, wanita itu akui dia kelaparan ketika waktu berbuka puasa.
Justeru, wanita itu meminta agar semua pengguna berhati-hati ketika membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.
“Hati- hati lah kalau membeli…ambil lah masa untuk belek-belek sikit makanan tu.
“Untuk peniaga kalau barang lama jangan la naya pelanggan.
“Dah la puasa, lapar pulak,” tulisnya dalam kapsyen.
Tidak memberitahu di mana lokasi gerai atau bazar nasi kerabut itu, wanita berkenaan mahu ia dirahsiakan.
“Kat mana? Biarlah rahsia,” katanya lagi.
Sejak awal Ramadan lalu, terdapat beberapa warga maya turut berkongsi ketidakpuasan hati mereka terhadap juadah dan makanan yang dibeli dari bazar Ramadan.
@_naleya_ 𝙷𝚊𝚝𝚒𝟸 𝚕𝚊 𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚕𝚒.. 𝙰𝚖𝚋𝚒𝚔 𝚕𝚊 𝚖𝚊𝚜𝚊 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚋𝚎𝚕𝚎𝚔𝟸 𝚜𝚒𝚔𝚒𝚝 𝚖𝚔𝚗𝚗 𝚝𝚞 🤢 𝚞𝚗𝚝𝚞𝚔 𝚙𝚎𝚗𝚒𝚊𝚐𝚊 𝚔𝚕𝚞 𝚋𝚛𝚐 𝚕𝚊𝚖𝚊 𝚓𝚐𝚗 𝚕𝚊 𝚗𝚊𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚕𝚊𝚗𝚐𝚐𝚊𝚗 🥺 𝙳𝚊 𝚕𝚊 𝚙𝚞𝚊𝚜𝚊 𝚕𝚊𝚙𝚊𝚛 𝚙𝚞𝚕𝚊𝚔..🥲 𝚔𝚝 𝚖𝚊𝚗𝚎? 𝙱𝚒𝚊𝚕𝚊𝚑 𝚁𝙰𝙷𝚂𝙸𝙰… #bulanramadhan #nasikerabu #babyulat #fyp