Wanita kecewa dapat album kahwin macam katalog perabot

Wanita kecewa dapat album kahwin macam katalog perabot

 

Detik bergelar ‘Raja Sehari’ adalah memori yang paling bermakna dalam hidup seseorang. Majlis yang diimpikan semestinya dirancang penuh teliti agar semuanya berjalan dengan lancar. Namun berbeza pula nasib pengantin wanita ini, apabila koleksi gambar perkahwinan diterima tidak sama seperti yang diimpikan olehnya.

Takda satu pun close up muka, penat bayar make up mahal…video kahwin gegar, tapi claim pakai stabilizer

Terdahulu, pemilik akaun TikTok bernama Nadia ini memilih lokasi nikah ala-ala tema ‘garden wedding‘ dengan harapan banyak detik istimewa dapat dirakam dengan sangat cantik. Namun sejurus album kahwin sampai ke tangannya, impian tersebut berkecai dan tinggal angan-angan saja. Selain hasil ‘bergegar’, malah kebanyakan gambar dirakam dari jauh sekali gus tidak menampilkan seri wajah pengantin.

 

 

@nadyeot

selalu tengok orang je, kali ni diri sendiri yang kena. kecewa sangat2 🥲 peringatan bagi bakal pengantin, pilihlah photog/videographer yg betul-betul boleh pakai & jangan percaya sangat hasil dari feed instagram #weddingdisaster #weddingdisappointment

♬ bila orang dah benci – ◦•●◉✿ 🌺 𝐑𝐄𝐄𝐙 🌺 ✿◉●•◦

Tahu murah, pakej video & gambar RM1699…cuma 3 page pertama gambar kerusi meja, macam jual perabot

Mengulas lanjut, Nadia tidak berniat mengaibkan mana-mana pihak dan setuju pandangan bahawa pakej servis video dan gambar perkahwinan di bawah harga RM1700 agak murah. Namun sebagai klien, dia hanya meluahkan rasa kecewa terhadap hasil yang dikatakan seperti katalog jual perabot. Katanya lagi sebelum itu, pihak pengantin juga tidak diberikan draf gambar untuk dipilih bagi album tersebut.

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

@nadyeot

Replying to @Sunhee part 2 🥲

♬ original sound – Sunhee – Sunhee

Nak bagi servis murah, tak bermaksud buat kerja ‘cincai’…gambar dia kebanyakan okay, cuma susunan storyline tu berterabur

Susulan perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyatakan, kualiti album tersebut sepadan dengan harga servis dibayar klien. Bagaimanapun, rata-rata mereka faham perasaan terkilan pengantin apabila diberikan pemilihan gambar serta penyusunan album yang tidak bagus seperti diharapkan.

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

 

 

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

 

 

Pengantin Kecewa, Dapat Album Kahwin Tapi Hasil Gambar Macam Katalog Perabot

Kredit : TikTok nadyeot