Wanita ini jelaskan kenapa orang melayu sebenarnya tak perlu guna sunscreen “Kita bukan darah Eropah”

Wanita ini jelaskan kenapa orang melayu sebenarnya tak perlu guna sunscreen “Kita bukan darah Eropah”

Umumnya, kita semua sedia maklum bahawa pentingnya penggunaan pelindung suria (sunscreen) dalam rutin harian bagi melindungi kulit kita.

Ia bagi menjaga diri kita daripada sebarang risiko daripada mengahadapi kanser kulit pada masa akan datang.

Namun begitu, wanita yang dikenali sebagai @santeira ini berpendapat bahawa orang-orang Melayu ini sebenarnya tak perlu pun sunscreen tu, kenapa? Baca penjelasan dia ni.

Kita orang Melayu yang sejak turun temurun duduk bawah matahari di garisan khatulistiwa.”

Berbeza dengan orang Eropah, mereka tinggal di tempat yang jauh daripada sinaran cahaya Matahari, malah orang-orang berkulit putih lebih senang terkena kanser kulit jika tidak menggunakan suncreen adalah 2 sebab ini:

 

Malah katanya lagi, kulit orang Melayu telah berevolusi membina melanin sebagai penapis cahaya ultra-ungu.

“Orang Melayu di zaman silam tidak menggunakan penapis suria. Mereka bertani, bersawah, menangkap ikan di lautan dan berlayar di bawah sinaran matahari. Kanser kulit bukan satu masalah untuk mereka. Ia tidak patut menjadi masalah untuk orang Melayu zaman sekarang.”

Jelasnya lagi, kadar kanser kulit sangat tinggi di Australia adalah kerana, mereka semua bangsa kulit putih yang asalnya jauh dari tempat sinaran matahari, imigran dari Eropah. Oleh itu, mereka mempunyai kadar melanin yang jauh lebih rendah. Bahkan kulit mereka menjana vitamin D3 dengan lebih mudah dan cepat.

Itu sebab lah mereka senang kena kanser kulit di Australia yang mendapat sinaran ultra-ungu yang tinggi. Justeru, dia menegaskan bahawa tidak ada keperluan bagi orang Melayu yang mempunyai kulit coklat ini menggunakan penapis suria setiap 2 jam untuk elak kanser kulit.

 

“Panduan ini sebenarnya untuk orang kulit putih, bukan orang kulit berwarna kerana ia boleh menyebabkan kekurangan Vitamin D dalam badan mereka yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit yang membawa maut.”