Wanita dedah disuruh potong bulu mata sebelum renew passport

Wanita dedah disuruh potong bulu mata sebelum renew passport

Selepas kewujudan Covid-19, pelbagai proses di kaunter kerajaan tidak kira apa juga urusan telah berubah dan kebanyakannya lebih memudahkan orang ramai. Ini termasuklah proses memperbaharui atau dalam kata lain renew passport.

Pengguna perlu memohon proses untuk memperbaharui passport menerusi dalam talian. Sudah pastinya pelbagai syarat dan peraturan perlu dipatuhi pengguna.

Bagaimanapun baru-baru ini, perkongsian seorang gadis mengenai peraturan perlu dipatuhi ketika berurusan di kaunter Imigresen telah meraih perhatian ramai. Menurut gadis ini dia disuruh potong bulu mata kerana ianya terlalu panjang menurut pegawai yang bertugas.

Berikut adalah perkongsian rakaman dari seorang gadis yang perlu melalui ‘proses’ tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama

 

@maddybreteche

NO ONE TOLD ME 😂😭 #fyp #passport #drama #tiktokmalaysia #smh #foryou

♬ original sound – maddy – maddy

Menurut gadis ini pada awal rakaman dia tidak mengenakan solekan tebal kerana tidak mahu berhadapan dengan masalah di kaunter nanti. Namun bulu mata pula yang menjadi isu pada pegawai imegresen dan perlu dilalui gadis ini.

Kedengaran agak pelik apabila gadis ini disuruh potong bulu mata untuk memperbaharui passport, namun itulah yang diceritakan oleh pemilik akaun Tiktok tersebut. Disebabkan permintaan itu, gadis ini terus diberikan gunting dan perlu melakukannya sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang mendakwa permintaan tersebut agak kurang masuk akal kerana foto di dalam passport hanyalah hitam putih. Dalam erti kata lain, bulu mata tambahan itu tidak jelas kelihatan pun dalam gambar nanti.

“Mereka hanya tolong awak supaya permohonan tak kena tolak”

Screenshot at Nov 02 13-33-06

“Girl! Bagitau je lah itu bulu mata betul”

Screenshot at Nov 02 13-32-48

“Hanya untuk gambar hitam dan putih”

Screenshot at Nov 02 13-32-29

“Dekat Korea lagilah diorang photoshop foto passport”

Screenshot at Nov 02 13-31-51

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut: