Wanita buta, Baba Vanga ramal 4 malapetaka bakal berlaku pada tahun 2022

Wanita buta, Baba Vanga ramal 4 malapetaka bakal berlaku pada tahun 2022

Penafian: artikel ini ditulis sekadar untuk menceritakan semula sejarah peribadi seseorang, bukan atas tujuan mengajak atau mempercayai ramalan dan segala dakwaannya.

Seorang wanita buta dari Bulgaria yang terdahulu pernah mendakwa tahun 2021 akan menjadi mimpi ngeri buat penduduk dunia kini ‘tampil’ sekali lagi dengan ramalan bagi tahun 2022.

Meskipun wanita tersebut, Baba Vanga telah meninggal dunia 25 tahun lalu, namun para pengikutnya dipercayai masih optimis hingga ke hari ini bahawa dakwaan serta ramalannya akan menjadi kenyataan.

Difahamkan, pengikutnya mendakwa Baba Vanga pernah meramalkan bahawa tahun 2022 yang kita baru duduki kini didakwa bakal berdepan dengan empat malapetaka besar yang membimbangkan.

Sebelum ini segala ramalan wanita bergelar ‘Nostradamus of the Balkans’ ini membuatkan orang ramai tidak tenang. Dikatakan dia pernah meramalkan kewujudan wabak Covid-19 pada 2021, malah dia juga pernah mendakwa tahun 2022 akan terjadinya ‘kiamat’.

Namun begitu, masih ada beberapa dakwaan ramalan-ramalan yang telah dibuat oleh peramal Bulgaria yang diramalkan bakal terjadi pada tahun 2022. Berikut merupakan ramalan yang didakwa oleh Baba Vanga.

1) Pencerobohan alien dikatakan bakal berlaku

Baba Vanga mendakwa manusia akan bertemu dengan makhluk asing buat kali pertamanya melalui serangan asteroid yang dipanggil ‘Oumuamua’.

Menurut dakwaan dia, makhluk luar angkasa ini tidak akan datang secara baik. Hal ini kerana, kapal asing makhluk ini dikatakan akan menyerang bumi dan mengebom bandar untuk menangkap orang.

Hal ini mungkin nampak seolah-olah dibuat-buat tetapi perkara ini menjadi lebih serius apabila penampakan UFO dikatakan menjadi perdebatan serius di Washington.

Malah kongres di Amerika Syarikat turut meluluskan undang-undang penyiasatan untuk menyiasat sebarang pertemuan ‘orang asing’.

2) Virus Siberia

Berikutan pemanasan iklim global, Baba Vanga turut mendakwa bongkah ais (glasier) akan mencair di Rusia dan menyebabkan virus yang tidak aktif di dalamnya akan muncul.

Virus Siberia itu dikatakan akan merebak dan menjadi pandemik baharu yang mungkin dikatakan akan membunuh berjuta-juta orang.

Gambar hiasan via Indozone.id

Hal ini kelihatan seolah-olah mungkin berlaku kerana pada Ogos lalu, 28 virus baharu dipercayai berusia 15,000 tahun lalu didakwa telah ditemui masih hidup di dalam glasier.

Menurut laporan Indozone.id virus itu masih tidak diketahui oleh penyelidik turut dijumpai di dalam sampel ais yang digerudi dari kepingan ais yang terdapat di Guliya di Dataran Tinggi Tibet, di barat China.

3) Kelaparan yang sangat teruk

Selain itu Baba Vanga turut mendakwa pada 2022 akan berlaku kebuluran teruk akibat perubahan iklim.

Menurut Baba, akan berlaku serangan belalang dari Afrika dan keadaan ini mungkin mengakibatkan kemusnahan tanaman yang menjadi sumber makanan utama manusia sekali gus mengakibatkan penduduk kelaparan.

Tambah Baba, peperangan dikatakan mungkin berlaku akibat perebutan sumber makanan.

“Orang ramai mungkin akan makan kumbang, daun atau lumpur,” demikian amaran yang pernah diberikan oleh Baba.

Hal ini seolah-olah betul kerana Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa bilangan orang berisiko kebuluran di 43 buah negara turut meningkat kepada 45 juta orang.

“Berpuluh juta orang diancam kelaparan,” kata Pengarah Eksekutif WFP, David Beasley melalui Indozone.id.

4) Pencerobohan di India

Menurut Horoskop tahunan, Baba Vanga sekali lagi meramalkan perkara buruk akan berlaku di India. Vanga menegaskan bahawa suhu di India akan mencapai 50 darjah Celsius.

Apa yang lebih teruk, menurut Vanga di India akan berlaku serangan di mana belalang akan menyerang tanaman dan kawasan pertanian. 

Hal ini menyebabkan kebuluran mungkin berlaku. Malah, masalah serangga parasit di sana telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tambah laporan, pada Mei lalu, jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini turut menyerang tanah ladang di sana.

Lebih daripada dua dozen daerah yang meliputi lebih daripada 50,000 hektar kawasan padang pasir di barat India dilaporkan telah diserang.

Imbas kembali, Baba Vanga dikatakan membesar di sebuah ladang yang kini dikenali sebagai Macedonia. Dia dikatakan menjadi buta selepas diri dia ditakdirkan pernah dilambung angin tornado dalam satu nahas yang berlaku.

“Saat kehilangan penglihatan itulah Baba Vanga dikatakan memperoleh anugerah penglihatan kedua,” kata salah seorang pengikutnya.

Sumber: Indozone.id