Wanita bongkar ibu abai 3 anak pernah runtuhkan rumah tangga
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih lagi giat mencari waris kepada 3 beradik yang ditinggalkan di rumah pengasuh sejak Mac 2022. Terdahulu, ibu kandung mereka berjanji akan menjemput pulang setelah urusan kerja selesai. Bagaimanapun wanita berusia 38 tahun itu gagal dikesan sehingga kini, sekali gus anak-anaknya telah diserahkan kepada JKM bagi perlindungan. Ia susulan mereka ditinggalkan tanpa sebarang dokumen, lantas sukar untuk diuruskan oleh pihak pengasuh.
Siapa kenal dia tolong hubungi pegawai JKMWKL…apa dia buat pada saya biar Allah balas
Terbaru, wanita bernama Juliana Seth turut terpanggil beri kenyataan berhubung isu viral berkenaan. Mak kepada 3 beradik tersebut cukup dikenali olehnya, gara-gara pernah jadi peruntuh rumah tangganya yang berusia 17 tahun. Meskipun banyak perkara sudah terjadi di antara mereka suatu ketika dahulu, dia amat berharap agar individu terbabit segera dijumpai seterusnya dibawa ke JKM. Juliana turut mencuba untuk hubungi bekas suaminya, namun gagal dapat sebarang kerjasama.
Setelah difitnah saya hanya mampu berserah…pernah doa masa buat umrah, hari ini Allah buka kebenaran
Ibu tunggal kepada 4 anak ini turut buka cerita pernah berdoa di Tanah Suci, agar semua pihak yang memfitnah dirinya dapat balasan setimpal. Tanpa disangka-sangka, satu persatu kebenaran telah ditunjukkan sejak itu. Bukan gembira atas kesusahan orang lain, sebaliknya Juliana amat bersimpati terhadap nasib 3 beradik yang sudah 6 bulan ditinggalkan tanpa khabar orang tua mereka. Dia juga berharap insiden ini dapat menjadi ‘asbab’, supaya individu terbabit insaf daripada terus menganiaya orang lain.
@julianaseth Alhamdulillah Allah kabulkan doa sy 😥 Allah Maha baik, Maha mengetahui.. moga nasib anak2 tu terbela
Doa supaya Allah buka pintu hati ibu tu, bukan tinggal kat orang asing then enjoy macam takda anak…terima kasih buat pengasuh yang sudi jaga sebelum ni
Dalam pada itu, pengguna Facebook lain seperti SharkyLemon JavaLava berharap agar wanita terbabit rela tampil bersemuka kembali dengan anak-anaknya. Tidak ketinggalan, jasa pengasuh turut dihargai kerana sudi jaga mereka sebaik mungkin sebelum diserahkan kepada pihak JKM.
Kredit : TikTok, FB Juliana Seth & SharkyLemon JavaLava