“Walau cedok nasi”– Zul Ariffin minta maaf posting fasal agama, tiada niat menunjuk

“Walau cedok nasi”– Zul Ariffin minta maaf posting fasal agama, tiada niat menunjuk

Pelakon kacak, Zul Ariffin sejak kebelakangan ini dilihat sering turun padang mengikuti program kebajikan bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Dalam posting terdahulu, dia dilihat menggendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

 

Terbaru, pelakon filem J Revolusi ini menerusi hantaran di Twitter memohon maaf sekiranya banyak mengeluarkan posting berkaitan agama di media sosial.

Jelasnya, perkongsian dibuat bukanlah bertujuan untuk menunjuk atau meraih pujian. Dia sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman.

 

zul ariffin

Dia turut meluahkan rasa keterujaan apabila diberi peluang turut serta memberi makanan kepada orang miskin dan jalanan bersama team Ustaz Ebit.

Walaupun hanya menyenduk nasi, Zul Ariffin berkata pengalaman itu membuatkannya gembira dan tersenyum selama satu hari.

Apatah lagi apabila rakan-rakan jalanan turut seronok dapat berjumpa pendakwah dan selebriti yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka.