Waktu bekerja mingguan lebih singkat, dari 48 jam kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September ini
Bermula 1 September 2022, pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa.
Aturan kerja fleksibel
Dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut bakal berkuat kuasa bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Selain itu, pindaan tersebut juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel yang membolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja.
Permohonan untuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19 juga termasuk dalam aturan kerja fleksibel di bawah pindaan tersebut.
Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian.
Sumber: BERNAMA