Viral wanita marah anak dalam bas, rupanya alami tekanan suami masuk lokap & dihalau mertua

Viral wanita marah anak dalam bas, rupanya alami tekanan suami masuk lokap & dihalau mertua

 

 

Sebelum ini, perkongsian oleh seorang penumpang bas mengenai sikap ibu yang tergamak memarahi dan mengasari anak-anak kecilnya sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Temerloh curi tumpuan ramai. Bagaimanapun, mujurlah keadaan kembali terkawal selepas dia ditegur oleh seorang lelaki yang juga kebetulan merupakan anggota polis.

 

@amethystnb_

to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar šŸ„² anak anak tk berdosa ya

ā™¬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Dia sedang tertekan & stresā€¦rupanya kena halau mak mentua, suami pula masuk lokap sebab ambil ā€˜barangā€™

Terbaru, PuanĀ Shira IraĀ tampil berkongsi cerita selepas bersemuka dengan ibuĀ viralĀ berkenaan di Temerloh. Siapa sangka di sebalik kejadian itu, rupanya wanita terbabit sedang tertekan dan stres melampau. Bukan sahaja pasangannya sedang berada di lokap atas kesalahan narkotik, bahkan turut dihalau oleh ibu mentuanya dengan alasan tidak suka nampak kelibat cucu-cucu tiri di rumahnya.

Viral Marah Anak Dalam Bas, Rupanya Tertekan Suami Masuk Lokap & Dihalau Mentua 2

 

@amethystnb_

seram ye šŸ„²šŸ™šŸ» i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.

ā™¬ original sound – Qissy – Qissy

Katanya singgah je Temerloh & nak ke KL tempat kerja lamaā€¦bagi telekung, dia kata Allah uji dia sebab lama tak solat

Menurut wanita berkenaan, dia datang ke Temerloh untuk singgah saja sebelum menuju ke KL untuk bekerja di tempat lama. Selepas dapat tahu anak-anak kecil tersebut tidur di rumah ibadat saja, Puan Syira tawarkan mereka bermalam diĀ homestayĀ milik keluarganya. Paling menyentuh hati, semua takdir itu dianggap ujian oleh ibu malang tersebut susulan sekian lama tinggalkan solat.

Viral Marah Anak Dalam Bas, Rupanya Tertekan Suami Masuk Lokap & Dihalau Mentua 3

Viral Marah Anak Dalam Bas, Rupanya Tertekan Suami Masuk Lokap & Dihalau Mentua 4

Saya nasihat jangan mencarut kat anak-anak, dia tanya mana tahuā€¦lepas tahu kisah dalam bas jadiĀ viral, terkejut & malu dia

Rentetan itu, keluarga tersebut dibawa ke JKM bagi memohon bantuan serta beli pakaian baru. Bagaimanapun, wanita terbabit pelik apabila Puan Syira menasihatinya jangan berkasar dengan anak lagi. Dia bahkan terus malu sebaik mengetahui aksi dalam bas tempoh hari telah menjadiĀ viral. Ujarnya dia masih sayangkan anak-anak, namun jadi begitu kerana sangat tertekan.

Viral Marah Anak Dalam Bas, Rupanya Tertekan Suami Masuk Lokap & Dihalau Mentua 5

Viral Marah Anak Dalam Bas, Rupanya Tertekan Suami Masuk Lokap & Dihalau Mentua 6

Kredit : TikTokĀ amethystnb_Ā & FBĀ Shira Ira