Viral video lelaki berbaju nikah mirip Tauke Jambu, netizen tanya kahwin lagi ke?

Viral video lelaki berbaju nikah mirip Tauke Jambu, netizen tanya kahwin lagi ke?

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja nama pelawak, Tauke Jambu ‘dipetik’ netizen susulan tularnya satu video seorang lelaki miripnya dan seorang wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.

Macam mirip pelawak terkenal la

Video tersebut dikongsikan oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @piddyys apabila memuat naik kembali rakaman IG story seseorang.

Dalam kapsyen yang disertakan menerusi posting berkenaan, ucapan tahniah diucapkan kepada pengantin perempuan dan pengguna IG tersebut mendoakan agar wanita itu hidup bahagia disamping suami tercinta.

https://vt.tiktok.com/ZSeS4dnfJ/

 

Netizen dan banjiri ruangan komen

Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen yang terlihat video tersebut telah membanjiri ruangan Instagram Tauke dengan bertanyakan perihal kesahihan video yang mirip pelawak tersebut.

 

Kahwin lagi ke?

Walau bagaimanapun, ada juga yang menjangkakan Tauke sedang menjalani pengambaran drama dan scene tersebut adalah berkaitan pernikahan.

 

 

Benda dah viral katanya

 

Ramai datang dari TikTok

 

“Bini sebelum ni tahu tak?”

Kalau betul, tahniah bang!

 

 

Untuk makluman, sebelum ini Tauke dari kumpulan Jambu telah terpalit satu kontroversi sehingga membuatkannya berasa ralat dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni.

Dia juga telah menjelaskan hal sebenar dan segala tuduhan sebelum ini dinafikan sekerasnya.

Tauke yang sudah berkahwin dengan Nadia Muhd Effendi pada 2017 turut dikurniakan dua orang anak dan dilihat bahagia menerusi posting di media sosial.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pelawak berkenaan berkaitan video yang mirip dirinya yang dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita dikenali sebagai Shu.