Viral video bekas suami tak bagi peluk anak, rupanya ada kisah di sebaliknya
Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter terutamanya apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki dilihat tidak membenarkan seorang wanita untuk memeluk budak lelaki dipercayai anak mereka berdua.
Difahamkan, lelaki dan wanita tersebut berada di pejabat agama bagi menyelesaikan kes cerai dan hak penjagaan anak yang melibatkan mereka berdua.
Awak ingat senang ke mengandung dan seksanya melahirkan anak?
Iya pun berpisah, bagilah sang ibu peluk anak tu. pic.twitter.com/phdlCqIVlH
— CikguSuraya (@cikgusuraya_ch) October 8, 2021
Dalam video tersebut, lelaki tersebut dilihat berkeras dan enggan memberikan anak remaja itu disentuh oleh bekas isterinya namun akhirnya mengalah di hujung video.
Ia sekaligus menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen yang rata-rata merasakan lelaki itu tidak patut berkelakuan demikian seolah-olah sedang memutuskan silaturrahim di antara anak dan ibu.
Namun, kisah di sebalik tularnya video tersebut telah terbongkar hasil carian warga maya di media sosial.
Difahamkan, video itu dimuat naik wanita tersebut hanyalah sekadar untuk ‘content’ TikTok demi meraih tontonan umum.
— amx (@EdjacobZ) October 14, 2021
Malah, turut tersebar mesej-mesej antara pasangan tersebut yang memaparkan wanita itu tidak mengaku kanak-kanak itu sebagai anaknya serta turut mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab wanita tersebut ketika bergelar isteri.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan pendapat bahawa kes penceraian tidak patut dipertanggungjawabkan ke atas kaum lelaki sahaja malah ada juga wanita yang menjadi punca rumah tangga yang dibina berantakan sehingga terjadinya cerai.
Dalam pada itu, netizen turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib kanak-kanak tersebut yang pastinya tertekan dan sedih apabila terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu.