Viral penemuan ikan emas ‘raksasa’, penduduk berebut nak ambil gambar

Viral penemuan ikan emas ‘raksasa’, penduduk berebut nak ambil gambar

Sebuah video tular memaparkan aksi di mana seorang penduduk Desa Situ Hiang yang mendukung seekor ikan emas yang bersaiz ‘raksasa’, lapor suara.com

Menurut suara.com, ikan emas gergasi itu dikatakan seberat 15 kilogram (kg) dan telah ditemui oleh penduduk Desa Situ Hiang, Kabupaten Lebak Banten, Indonesia.

Video tular itu dimuat naik di laman Instagram @inforangkasbitung.

 

Menurut keterangan kapsyen video itu, ikan emas itu ditemui dalam keadaan hampir lemas di tepi tasik Situ Hiang

Penduduk di sana cuba untuk menyelamatkan ikan emas itu dengan cubaan menolaknya masuk ke dalam air. Namun demikian, setelah beberapa saat mencuba, ikan emas itu sudah menunjukka tanda-tanda bahawa ia tidak dapat hidup lagi.

Melihat kepada keadaan ikan itu yang tidak mempunyai tanda-tanda pergerakan, penduduk kampung membawa ikan tersebut ke balai raya.

Penemuan itu segera mengejutkan penduduk di sana. Beberapa orang yang berada di lokasi kejadian turut merakam saat-saat yang jarang berlaku itu.

Malah ada juga yang memegang dan turut mengambil gambar bersama ikan tersebut.