Viral pemandu treler rempuh 3 kereta, bukan mabuk tapi kena serangan jantung?
Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki yang merupakan seorang pemandu treler merempuh tiga buah kenderaan didakwa akibat mabuk.
Menurut laporan Berita Harian, dakwaan seperti yang dikatakan oleh perakam dalam video berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
@dekkmatt24 Mabuk kepala hotak kau betine..org tu sakit..elok kau bawah lori tu betina yg rakam ni..mulut longkang#dasarkurangajar
Lelaki berkenaan menerima serangan jantung ketika itu. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan. Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung).
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Kesian tengok, dahlah kena fitnah dengan si perakam.
Kredit: Berita Harian