Viral bapa biarkan anak bersila di lantai pam minyak, barang di motor pula jadi perhatian

Tidak kira apa jua status ekonomi sesebuah keluarga, namun seorang suami memegang tanggungjawab utama dalam memenuhi nafkah dan keperluan harian. Ada bapa yang mungkin bergaji tinggi, namun kedekut dengan anak-anak dan isteri. Ada juga yang tidak berkira walaupun kehidupan mereka tidak semewah mana.
Tular video seorang ayah sedang mengisi minyak di stesen petrol
Baru-baru ini, sebuah video menyaksikan seorang bapa membawa 2 anaknya menaiki motosikal telah menjadi tular. Ketika itu, si perakam yang berada dalam kereta kebetulan sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak di pam sama.
Terpaksa biarkan bayi bersila atas lantai stesen minyak
Mungkin kerana tiada orang lain boleh dukungkan, bayi comelnya terpaksa diletakkan dahulu di atas lantai stesen minyak tersebut meskipun ia kotor. Sementara itu, si ayah dilihat mahu memenuhkan tong putih yang dibawa. Seorang lagi anak turut duduk diam di atas motosikalnya yang dipenuhi barangan.
@gurl177 Bukan senang nk sekarang #fyp
Hebat bapak dia beli pampers segala…Berjaya beli macam-macam…What a good father, he’s trying
Melihat video tersebut, ramai netizen bersangka baik mungkin si bapa risau tentang keselamatan jika bayinya diletakkan di atas motosikal. Walaupun nampak seperti orang susah, barangan yang dibeli lelaki itu termasuklah pampers turut menjadi perhatian. Meski serba kekurangan, usahanya memenuhi keperluan harian keluarga nyata meraih pujian.
Kredit : TikTok Gurl177