[Video] Terima surat dari Mahkamah, anak Faziani Rohban dedah bekas bapa tiri tuntut jutaan ringgit

[Video] Terima surat dari Mahkamah, anak Faziani Rohban dedah bekas bapa tiri tuntut jutaan ringgit

 

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarhamah Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman memuat naik satu hantaran di TikTok menyatakan dirinya menerima sepucuk surat daripada mahkamah di mana bapa tirinya menuntut wang bernilai jutaan ringgit.

Menerusi video yang berdurasi 50 saat itu, Irdina atau mesra di sapa Gegirl meluahkan bahawa dia ketar ketika menerima surat tersebut dan menganggap ia sebagai ujian Allah.

“Assalamualaikum, Ya Allah Ya Rabb… Dugaan dan ujian apa lagi yang aku terpaksa harungi. Aku berdoa Engkau kuatkanlah diri aku ini untuk aku dapat pikul ujian ini.

“Hari ini aku menerima satu surat mahkamah dari peguam bekas bapa tiri aku yang menuntut wang berjuta-juta daripada aku,” tulis Irdina.

Malah, Irdina turut membuat dakwaan mengenai sikap sebenar bapa tirinya.

“Tidak cukup ibu aku meninggal dunia ditangannya, kemudian pula abang aku dilaporkan kepada polis kononnya mengugut beliau dan abang aku terpakda tidur dalam lokap selama dua malam.

“Aku, abang aku dan adik aku telah dipisahkan dengan adik bongsu, Qaseh. Qaseh! Kakakmu ini sangat merinduimu,” luahnya lagi.

 

@dnarfaziani4

hanya Tuhan tahu macam mana shaking tangan waktu terima ni.

♬ Sekali Seumur Hidup – Lesti

Dakwanya lagi, bapa tirinya itu sering memberi tekanan kepada dirinya dan adik beradik lain selepas kematian ibu mereka, Faziani Rohban.

“Hari ini bapa tiri aku mahu menuntut wang berjuta-juta pula daripada aku. Tekanan demi tekanan daripada dia yang aku dan adik beradik terima,” ujarnya.

Dalam pada itu, Irdina berharap bapa tirinya itu tidak akan tarik balik kes seperti kes yang dihadapi abangnya dulu dan dia berharap dapat mendedahkan segalanya di mahkamah.

“Aku berharap beliau tidak sesekali menarik balik kes sebagaimana kes abang aku. Nak celup pekasam biar sampai ke lengan. Bukan acah-acah tunjuk berani, sampai setengah jalan lengan dah tarik keluar.

“Insya-Allah, aku akan ke mahkamah dan aku akan dedahkan segala-galanya dia mahkamah,” tulisnya.

 

 

 ARTIKEL Xtra