[Video] Tak cukup seret, pijak pula! lelaki zalim bantai isteri separuh mati…undang amarah netizen
Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang lelaki memukul seorang wanita yang dipercayai isterinya sehingga mangsa kelihatan tidak berdaya.
Lebih membuatkan netizen geram adalah tindakannya yang dilakukan di hadapan anak yang sedang menangis melihat perbuatan zalim lelaki itu.
Jantan tak guna!
Menerusi video yang dikongsikan satu akaun TikTok yang turut dimuat naik semula akaun Twitter Isu Semasa, dapat dilihat lelaki tidak berbaju berkenaan menggunakan tangan dan kaki untuk memukul isterinya termasuklah mengheret mangsa di hadapan beberapa individu lain.
Jantan tak guna! Elok kerat kotey dia bagi anjing makan!
⚠️TW⚠️ pic.twitter.com/Q8gXOsE8Dm
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) November 17, 2022
Dalam video yang dirakam seorang lelaki, dia telah meminta anak mangsa untuk menyelamatkan wanita itu. Mangsa juga hanya mampu menyebut “Ya Allah, dah, dah…” dan kelihatan sangat takut selepas dipukul tanpa henti oleh suaminya.
Bekas suami penyanyi dangdut?
Menerusi pengakuan dari perakam, lelaki yang memukul isterinya itu adalah bekas suami kepada seorang penyanyi dangdut terkenal.
Dia telah membelasah isteri barunya dan perakam memaklumkan dia mengambil video tersebut secara sembunyi-sembunyi. Seorang wanita yang hanya melihat kejadian tersebut juga sebenarnya turut menjadi mangsa dera.
Suami memang baran, orang gaji pun kena dera
Saksi rakam & lari. Laporan polis sudah dibuat
Disebabkan kerap dipersalahkan kerana tidak membantu mangsa dipukul, perakam menjelaskan yang dia sudahpun membuat laporan polis berhubung perkara itu dan dia juga merakam video terbabit sebelum melarikan diri demi untuk mendapatkan bukti.
Ujarnya lagi, sebenarnya lebih banyak kekejaman dilakukan namun hanya itu sahaja yang mampu dirakam sebagai bukti terjadinya penderaan dalam rumah tangga terbabit.
Perkongsian tersebut menuai pelbagai maklum balas daripada netizen. Kebanyakkan berasa geram dan mengecam tindakan kejam lelaki terbabit.
Mereka berharap agar pelaku segera ditahan pihak berkuasa dan mendapat hukuman sewajarnya.
Sumber: Twitter Isu Semasa