[Video] Sharifah Sakinah dedah status perkahwinan “Bukan bercerai tetapi berpisah”

[Video] Sharifah Sakinah dedah status perkahwinan “Bukan bercerai tetapi berpisah”

Rumah tangga selebriti terkenal, Sharifah Sakinah dengan suaminya Michael Hansen yang dikhabarkan sedang bergolak telah mendapat perhatian di media sosial apabila pelakon itu memaklumkan mereka bakal berpisah.

Masih sayangkan suami

Walau bagaimanapun, Sakinah mengakui masih lagi menyayangi suaminya dan mereka juga mengambil keputusan selepas melakukan perbincangan bersama serta mempunyai beberapa sebab utama untuk membuat haluan masing-masing.

Akan tetapi, memetik laporan dari Kosmo! pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu akui masih lagi menyayangi jejaka kelahiran Sweden tersebut.

“Saya tidak cakap segala-galanya sudah berakhir. Cuma saya tidak dapat pastikan sama ada kami akan kembali bersama atau tidak.
“Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri. Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya,” ujar Sakinah.

Mahu anak tapi suami tak boleh tinggal di Malaysia

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired akui yang dia memang inginkan cahaya mata namun ia menjadi salah satu sebab mengapa mereka kerap bergaduh.

Menurut pelakon itu, suaminya adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Jadi, dia tidak boleh untuk meninggalkan anak-anak dan bekas isteri yang ditanggungnya ketika ini untuk berpindah ke Malaysia.

“Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.
“Michael seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Tapi dia tidak boleh berpindah Malaysia kerana ada tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anaknya di Sweden.
“Kalau Michael berpindah ke sini, dia perlu bawa bersama bekas isteri dan anak-anaknya ke sini. Saya tidak mahu ‘drama’ itu,” katanya.

Masih belum bercerai tapi berpisah

Menjelaskan status sebenar, Sakinah mengakui yang mereka masih lagi sebagai suami isteri namun mengambil keputusan untuk berpisah dan bukannya bercerai. Tetapi, andai dia berjumpa dengan lelaki lain, barulah dia akan meminta bercerai.

“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah (separate).
Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.” tuturnya.
@kosmoonline

Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Untuk rekod, Sharifah Sakinah mengumumkan telah bernikah dengan Michael Hansen selepas mengenal hati budi masing-masing sejak tahun 2020.

Sebelum ini, pelakon terbabit pernah bernikah dengan seorang juruterbang iaitu Aliff Adha pada 2015 namun berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

 

Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmi), TikTok @kosmoonline