[Video] Safawi Rashid kunci mulut, enggan ulas bakal berkahwin dengan Syifa Melvin esok

[Video] Safawi Rashid kunci mulut, enggan ulas bakal berkahwin dengan Syifa Melvin esok

Nama pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid dan kekasih hatinya, Syifa Melvin menjadi bualan ramai apabila mereka berdua digosipkan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Pun begitu, pemain berusia 25 tahun itu mengambil keputusan untuk tidak bersuara mengenai isu berkenaan selain meminta orang ramai tidak risau soal perkahwinannya bersama Syifa Melvin.

Safawi dalam sebuah video dimuat naik semula di laman TikTok masih belum mengesahkan mengenai berita gembira berkenaan, sebaliknya meminta netizen tidak perlu mengambil peduli perihal perkahwinannya.

“Pasal kahwin, anda semua jangan ambil tahu la. Bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kawin. Ada rezeki, ada jodoh, saya akan berkahwin. Anda jangan risau,”ujarnya.

 

@yxasyx

clear ? #safawirasid29 #johordarultakzim🔴🔵 #fypシ #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ

Eleh, cakap jelah dah nak kahwin

Rata-rata netizen meninggalkan komen di ruangan berkenaan dengan harapan pemain bola sepak kebangsaan tersebut mengaku dirinya bakal berkahwin tidak lama lagi tanpa perlu berselindung.

 

28hb kahwin, 3 Disember sanding belah lelaki

Selain itu, ada juga  pengguna media sosial memberitahu majlis akad nikah akan diadakan esok dengan bertemakan warna putih. Manakala, di sebelah Safawi akan diadakan pada 3 Disember ini.

Terdahulu,  Syifa yang juga adik kepada pelakon, Syatilla Melvin berkata mereka selesa dengan kehidupan privasi tanpa menghebahkan selagi belum sah ikatan.

Sumber: TikTok @yxasyx