Video rakam diri sedang menagis, Netizen titip doa moga Alyah terus kuat
Video memperlihatkan penyanyi Datin Alyah merakam dirinya sedang menangis yang dimuat naik di TikTok miliknya menarik perhatian peminatnya.
Tidak menyatakan punca dirinya menangis, isteri kepada juri tetap program Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS itu berkata dia akan mengalir mata setiap kali perkara yang sama terjadi.
“Benda ini memang selalu buat aku menangis,” tulis Alyah di kapsyen video tersebut.
Malah, Alyah turut meletakkan suara latar seorang lelaki yang memberi kata-kata semangat untuk terus melalui segala cabaran.
“Sayang, are you okay? Hidup ini akan selalu bagi you dugaan dan you kena tahu, yang dugaan itu untuk buat you jadi lebih kuat.
@alyah81official Benda ni memang selalu buat aku nangis😭 #fyp #tiktokmalaysia #masukberanda #alyah
“Bukan kuat untuk hadapi dugaan lebih besar,” katanya.
Suara latar itu merupakan original bunyi dari @motivasi_fiqsam yang digunakan pengguna TikTok sedang berdepan masalah.
Perkongsian itu meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen di ruang komen.
Bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar penyanyi lagu Jutaan Purnama itu diberikan kekuatan untuk mengharungi segala cabaran.
“Kita pernah rasa macam ini, setiap hari menangis tapi percayalah kita kena kuat. Insya-Allah nanti hati akan lebih kuat.
“Kadang saya nampak air muka Alyah senyum dalam menyorok kesedihan. Semoga Alyah terus senyum sampai jumpa keikhlasan dalam pilihan Alyah. Terus tabah ya,” komen netizen.