[Video] Pegang alat sulit anak lepas kencing, tukang masak selamba sentuh lauk pelanggan.. buat ramai rasa jijik

[Video] Pegang alat sulit anak lepas kencing, tukang masak selamba sentuh lauk pelanggan.. buat ramai rasa jijik

 

JIJIK dan pengotor!

Sudahlah pegang alat sulit anak lelaki yang baru selesai membuang air kecil di dapur, si ibu sekadar mencelup tangan dalam air kembali menyediakan makanan yang dimasak untuk pelanggan.

Begitulah tindakan biadab seorang wanita yang dipercayai tukang masak di sebuah kedai makan berdekatan sebuah gedung di Pekan Kota Tinggi di Kota Tinggi, Johor.

Bukan sekadar itu, dia kemudian dilihat memegang lauk yang sudah siap dimasak dan memindahkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

 

Lebih meloyakan apabila wanita berkenaan mencelup jari di dalam air yang sama sebelum meneruskan masakan lain.

Video tular berdurasi 1 minit dan 41 saat itu ternyata membangkitkan kemarahan netizen.

Apa yang dikesalkan apabila dua orang dewasa dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu tidak menghalangnya membuang air kecil, malah dibiarkan melakukannya di dapur.

Bayangkan betapa pengotornya membiarkan si kecil itu kencing di kawasan yang menempatkan makanan untuk pelanggan.

Tanpa rasa bersalah, wanita terbabit kembali memegang sudip makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Wanita terbabit kembali memegang sudip selepas memegang alat sulit kanak-kanak.

Malah dikatakan, bekas air yang dicelup tangan selepas membersihkan kemaluan anak adalah air sama digunakan untuk mencelup senduk.

“Air dia celup cuci kencing anak tadi… buat celup senduk pun dalam air yang sama. B*** betul perangai,” ujar seorang netizen.

Wow… hebat skali dia punya pelaris.

NETIZEN

Rata-rata netizen juga mempersoalkan sama ada kedai tersebut mempunyai tandas atau tidak sehingga kanak-kanak diajar menjadi pengotor.

“Tak ada tandas kat kedai makan? Ajar budak jadi pengotor, dah tempat memasak meniaga… tutup kedai la.

“Pengotor, ajar anak pula kencing merata.

“Tak berbau dekat situ? Takkan kedai makan tak ada tandas.

pengotor latest

Antara komen netizen.

“Nak salahkan budak tak boleh sebab tak reti bahasa lagi, mak ayah tak ajar adab sopan atau macam mana,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang mendakwa tindakan itu sebagai ‘pelaris’ jualan makanan di premis berkenaan.

“Itulah pelaris dia, sebab itu orang ramai datang kedai.

“Wow, hebat sekali dia punya pelaris,” ujar netizen lain.

Susulan itu, netizen meminta pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap premis berkenaan kerana didakwa mengabaikan aspek kebersihan makanan.

 

Sumber : Mstar