[Video] Limpahan air dari bumbung pangsapuri di Taman Mas akibatkan 6 kenderaan rosak

[Video] Limpahan air dari bumbung pangsapuri di Taman Mas akibatkan 6 kenderaan rosak

Sejak semalam tular di sosial media dengan rakaman memaparkan limpahan dari bumbung pangsapuri dah macam air terjun. Manakan tidak, limpahan air itu bukannya sedikit tapi memang banyak!

Memetik laporan media tempatan kejadian air terjun di pangsapuri berkenaan terjadi dipercayai akibat tangki air pecah. Kejadian tersebut difahamkan berlaku di sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong sekitar malam tadi.

 

 

Melihatkan pada rakaman tersebut, air begitu deras melimpah dari bumbung pangsapuri berkenaan terus ke ruang letak kereta. Rakaman ini berjaya mencuri perhatian warganet yang mana rata-ratanya bimbangkan keadaan kereta di tempat letak kereta berkenaan.

Berikut adalah salah satu rakaman memaparkan limpahan dari bumbung pangsapuri yang menjadi perhatian ramai itu:

 

@ameiraaaa

😧 #puchong

♬ original sound – 🦁🐾Eeveecenzo – 🦁🐾Eeveecenzo

 

Rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun ameiraaaa ini telah meraih lebih 1.1 juta tontonan. Di ruangan komen rata-rata warganet meluahkan kerisauan mereka kepada kenderaan yang diletakkan di ruang bawah limpahan air tersebut. Berikut antaranya:

“Aku nak tahu keadaan kereta yang kena tepat air terjun tu. Okey ke tak. Ghisau la kalau aku dah nangis weh banyak duit keluar”
Screenshot at Oct 28 08-13-56

“Kete jahanam tu 1 hal. Tangki air pecah nak mandi camne..”

Screenshot at Oct 28 08-13-39

“Harap kereta tu ok. Air deras boleh kemek bonet dan windscreen pecah. Kesan air masuk dalam enjin mungkin sama impak macam masuk dalam banjir”

Screenshot at Oct 28 08-13-18

Menerusi laporan Malaysia Gazette, enam kereta rosak teruk disebabkan kejadian tersebut. Bagaimanapun tidak sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

SUMBERTIKTOKMALAYSIAN GAZETTE