Video kucing bijak betulkan barang yang hampir jatuh, raih perhatian ramai

Video kucing bijak betulkan barang yang hampir jatuh, raih perhatian ramai

Kucing boleh dikatakan haiwan peliharaan yang sangat disukai oleh sesiapa sahaja malah ada antaranya telah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri malah anda dapat lihat pengguna media sosial lebih suka berkongsikan tentang gelagat mereka berbanding diri sendiri.

Ternyata gelagat seekor kucing ini juga viral di aplikasi popular, TikTok dengan jutaan tontonan yang setakat ini telah mencapai lebih 25 juta tontonan. Apalah agaknya yang membuatkan haiwan ini sangat menjadi tumpuan oleh pengguna di aplikasi tersebut.

Jika diikutkan banyak kali gelagat haiwan ini yang mencuri tumpuan warganet namun berbeza pula kisah pada kali ini yang memaparkan seekor kucing yang mana sangat bijak dan lalunya juga meraih 4.4 juta tanda suka.

Kucing

Boleh tahan popular kucing ini dan tidak disangka-sangka selepas rakaman yang menunjukkan seekor kucing ditegur pemiliknya berada di atas meja yang dipenuhi dengan barang tidak semena-mena melanggar satu rubik cube mengundang si comel menjadi perhatian.

Apa tidaknya, bijak sungguh reaksi pantas kucing bijak itu membaiki kedudukan rubik cube terbabit selepas hampir jatuh gara-garanya.

@tuoliovoPeople have power,cats have quality#cat #kitten #cutecat #funny

♬ 原聲 – Tuoliovo

 

Viral di TikTok, kucing ini juga menerima lebih 45 ribu komen warganet yang turut berseloroh dengan tindakan bijak dan pantasnya selepas mengetahui barang tersebut hampir jatuh.

“Ini kali pertama saya tengok…”

Kucing

“Manusia perlu belajar daripada…”

Kucing

“Tiada bukti yang ditinggalkan, hahaha”

IMG_20211128_104801

“Aaa kucingnya comel”

IMG_20211128_104829