[Video] Iqram Dinzly belajar mengaji, peminat sebak doakan moga istiqamah

[Video] Iqram Dinzly belajar mengaji, peminat sebak doakan moga istiqamah

Pelakon kontroversi Iqram Dinzly baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila dilihat mengerjakan umrah dan sempat belajar mengaji ketika berada di tanah suci Mekah.

Berdasarkan perkongsian di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @aureliarose, Iqram dilihat membaca Al-quran sambil ditemani individu didakwa seorang ustaz yang duduk bersama beliau sambil memperbetulkan bacaan Al-quran nya.

 

@chepuanjelyta

mashaAllah indah aturan Allah, 🤲 semoga pengakhiran kita di lindungi Allah, 💚✅

♬ Law Kana Bainana Al Habib – Mohamed Youssef

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perubahan yang ditunjukkan pelakon itu dan berharap agar Iqram sentiasa istiqamah dalam kehidupannya.

Bahkan, segelintir warganet beranggapan, adalah tidak manis sekiranya manusia menilai seseorang individu berdasarkan kepada kehidupan dan penampilannya tetapi harus dinilai dari pengakhiran kehidupan seseorang.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA dilaman TikTok peribadi miliknya pula, Iqram bersyukur kerana doanya diperkenankan Tuhan untuk menjadi tetamu dibumi penuh barakah itu.

@iqramdinzlyofficial

Alhamdulillah doa mustajab #MamaDinzly & sekalian insan2 kesayangan Allah, maka dijemput lah menjadi tetamu di #masjidnabawi #madinah . Jazakallah 🙏 Doa kalian telah diperdoakan mohon Allah makbulkan di #Raudah . Aaminnnn Hadirrrr #tetamuAllah 🤲 #fyp lalu lah dengan Bismillah.

♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih  lebih 32,000 tontonan dan menerima lebih 3,000 tanda suka.

ARTIKEL Xtra