[Video] Gunung berapi lumpur di Lahad Datu ‘meletus’
Selalunya bila bercakap tentang bencana alam seperti gunung berapi ini, korang mesti terbayangkan ia berlaku di negara luar seperti Indonesia, Filipina dan sebagainya kerana lokasi negara kita yang berada di luar Lingkaran Api Pasifik.
Pun begitu semalam, tular beberapa video memaparkan sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah telahpun meletus dengan memuntahkan lumpur dengan jumlah yang banyak.
Menurut Harian Metro, fenomena yang jarang berlaku itu menjadi viral selepas ada individu yang kebetulan berada di kawasan berhampiran telah merakam kejadian itu.
@utusantvofficial Replying to @kamarul3936 . PART 2. Ini sambungan, video asal pendek2 sahaja 😁. 📽️ Sbn Hamit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #SABAH
“Bukan perkara baru”
Kejadian berkenaan telah menjadi perbincangan netizen yang mana rata-rata mengaitkan fenomena ini dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter pernah berlaku di Gunung Kinabalu pada 2015.
@utusantvofficial #SABAH Kejadian dirakam kira-kira pukul 10.05 pagi tadi. 📽️ Sbn Hamit #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok
“Bukan perkara baru”
Kejadian berkenaan telah menjadi perbincangan netizen yang mana rata-rata mengaitkan fenomena ini dengan kemungkinan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter pernah berlaku di Gunung Kinabalu pada 2015.
Malah ada di kalangan netizen di ruang komen juga mengatakan bahawa kawasan berkenaan menjadi tarikan pelancong, siap lumpur itu boleh digunakan untuk tujuan kecantikan seperti ‘mask’ dan sebagainya. Wah macam tu rupanya ye…