Minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial apabila tular video didakwa pelakon Syafi Tee berpelukan dan mencium seorang wanita.
Belum reda lagi dengan video tersebut, tular pula perkongsian seorang pengguna Twitter yang mendedahkan bahawa wanita tersebut adalah seorang transgender.
Menerusi entri tersebut, pengguna Twitter itu turut berkongsikan paparan sebuah akaun Instagram didakwa milik ‘wanita’ berkenaan.
Pada profile akaun Instagram itu, ‘wanita’ tersebut secara terang-terangan menyatakan dirinya bukan wanita berserta bendera LGBT.

Semalam, bapa kepada pelakon itu iaitu penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui dirinya tidak sempurna.
Ujarnya lagi, apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya dan anaknya yang baru menceburi dalam dunia seni. Tambahnya, beliau akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan dan kemungkaran walaupun anaknya sendiri.
Jangan percaya laki zaman sekarang. Lagi sangap kat pondan pada wanita tulen. Kaum nabi Luth makin menjadi jadi.
igt dah parah kes bercium .lagi tambah parah kalau geng sajat plak yg dia cium.napela jadi cenggini.haishh
Bapa dia tak boleh pakai, jadi tak yah le nak tunggang agama. Lebih baik jaga anak bini drp nak tunjuk ajar orang.
Bapa ko org UMNO kan
Tak sangka budak ni kaum LGBTQ.Memalukan