[Video] Budak teruja pemain bola bagi jersi, tiba-tiba disailang penonton lain undang kemarahan ramai

[Video] Budak teruja pemain bola bagi jersi, tiba-tiba disailang penonton lain undang kemarahan ramai

 

Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan gelagat seorang pemain bola sepak yang ingin memberikan jersi yang dipakainya kepada seorang kanak-kanak. Namun kegembiraan kanak-kanak itu kemudiannya terganggu apabila jersi yang dihulurkan itu dirampas oleh orang lain.

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan pemain bola sepak difahamkan dari Selangor FC membuka jersi yang disarung pada badannya. Pemain itu kemudian berjalan menghampiri para penonton di stadium dan ingin memberikan jersi tersebut kepada seorang kanak-kanak yang sedang didukung oleh bapanya.

Tidak semena-mena, muncul seorang lelaki yang mendekati kanak-kanak itu dan kemudiannya merampas jersi tersebut sebelum berlalu pergi. Malah mereka yang berada di situ juga kelihatan terkejut dan terkedu dengan tindakan pantas lelaki itu merampas jersi tersebut.

 

@amrlaswd7

Rakyat TikTok, sila bantu cari sampai jumpa! #fyp #fypシ゚viral #helpme #SelangorFC #foryou #foryoupage #foryourpage #fypdongggggggg

♬ original sound – Wado – Wado

 

Pemilik video memberitahu dia memuat naik video itu untuk meminta kerjasama orang ramai bagi mencari kanak-kanak tersebut untuk diberikan jersi yang baru buatnya. Perkongsian video itu turut menimbulkan kemarahan ramai malah ada juga yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu yang pastinya sedih dengan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, ada yang mendakwa lelaki itu hanyalah bergurau sahaja dan telah memulangkan semula jersi tersebut kepada kanak-kanak itu. Namun kebanyakan netizen menganggap ia bukanlah satu gurauan yang patut dilakukan terutamanya pada kanak-kanak yang masih kecil itu.

“Abang tu bukan bergurau ke? Lepas tu dia bagi balik kan.”

jersi

“Agak-agak yang tarik baju tu ada rasa bersalah tak bila orang nak ganti balik baju yang dia ambik ni…”

kanak-kanak

“Dan-dan bergurau padahal muka dah serius nak bawak lari.”

komen

“Tu bukan bergurau, tengok gaya datang dari mana dah sua-sua tangan kot bawah nak rentap…”

tik tok

 

SUMBERTIK TOK