[Video] anak kerap tunjuk ada kawan di bilik hotel, Shakira Khoriri meremang tak nampak sesiapa
Pelakon Shakilla Khoriri menceritakan pengalaman menyeramkan apabila anaknya, Ameena Sofia secara spontan menunjukkan ‘rakan’ yang berada di hotel ketika mereka sedang bercuti Pulau Pinang.
Ameena tunjuk ‘kawan’
Bakal berenggang dengan anak tersayang selama lima hari atas tuntutan kerja, pelakon berusia 33 tahun ini sempat menunaikan permintaan anaknya untuk menghabiskan masa bersama di sebuah hotel di Pulau Pinang.
Umi nak tinggalkan Ameena dengan daddy 5 days tau. Umi nak pergi Sabah. Terus request Ameena nak pergi hotel dulu. Tercekik terus Umi. Tak apa sayang dituruti. Sentiasa ada bahagian untuk awak.
Namun, siapa sangka momen bahagia Shakilla bersama anaknya bertukar menjadi pengalaman seram buat mereka apabila Ameena sempat menunjukkan ‘rakannya’ yang berada di dalam bilik hotel.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Shakilla di TikTok, anaknya mengatakan bahawa ‘rakannya’ yang bernama Comot sedang memarahinya. Lebih seram lagi apabila Shakilla tidak melihat sesiapa pun di dalam biliknya pada ketika itu membuatkan dirinya meremang bulu roma.
Kawan Ameena marah. Tu Comot tu.
Difahamkan, Shakilla hanya perasan mengenai ‘rakan’ Ameena itu selepas pulang daripada hotel. Shakilla bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut hotel tersebut.
Lepas tu dia ajak ‘jom’? Tak kelakar lah Ameena. Nasib baik dah sampai rumah baru tengok video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulak dekat sana.
Video penuh
@shakillakhoriri Nasibbbbbb baikkk dah sampai rumah baru tengok balik video-video ni eh. Dia ada ‘kawan’ pulakkkkkkk dekat sana. Kussssss semanggat makkk kau nakkkk…… 🫣😫🥺 #SKnASJourney
‘Belakang Ameena macam ada bayang’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka melihat seperti bayang-bayang di belakang Ameena. Malah, ada juga di antara mereka berkongsi pengalaman yang sama.
Sumber : shakillakhoriri