[Video] Abang J&T bawa lori sampai ke pantai, netizen syak sesat guna waze

[Video] Abang J&T bawa lori sampai ke pantai, netizen syak sesat guna waze

Kehadiran sebuah lori penghantar barang daripada syarikat kurier J&T di Pantai Tanjung Lompat, Desaru, Johor telah berjaya mencuri perhatian ramai ketika berada di lokasi tersebut.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @syuuu di laman TikToknya, kelihatan kelibat lori penghantar barang selamba melalui kawasan berpasir itu sehingga menarik perhatian orang ramai yang sedang beriadah.

 

@syuuu106

santai pantai lepas penat hantar barang 🤣🤣 #fyp #tiktoktrending #xyzbca

♬ bunyi asal – Mohd Sholihin – Mohd Sholihin

Apa yang lebih menghiburkan, wanita yang merakam momen terbabit sempat bergurau dengan menjerit bertanya bungkusannya yang berada di dalam lori itu.

“Parcel saya mana bang? Sampai ke laut dia hantar,” ujar wanita itu dalam nada gurau.

Difahamkan juga, insiden lucu tersebut dirakam sendiri oleh adiknya sekitar jam 6.30 petang, beberapa hari yang lalu sebelum dimuat naik dalam aplikasi itu.

Siapa pula salah letak alamat ni?

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang menganggap pemandu lori berkenaan mungkin tersilap arah semasa menghantar barangan yang menyebabkan dia tersesat ke kawasan tersebut.

 

Patut la barang aku tak sampai-sampai

Pun begitu, rata-rata netizen terhibur dengan kelibat lori J&T di kawasan pantai itu dan ramai yang berseloroh ia adalah penyebab parcel mereka tidak sampai sehingga kini kerana pekerja J&T sedang bersiar-siar.

Sumber: TikTok @syuuu