“Vaksin mungkin sebab saya tak alami gejala teruk” – Zaquan Adha positif Covid-19

“Vaksin mungkin sebab saya tak alami gejala teruk” – Zaquan Adha positif Covid-19

Pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha mengakui tidak mengalami gejala teruk selepas disahkan positif Covid-19. Menerusi live di Instagram miliknya, Zaquan turut menasihati orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin.

 

Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha bin Abdul Radzak mengakui suntikan vaksin mungkin penyebab dia tidak mengalami gejala serius.

Zaquan Adha

 

Kapten Negeri Sembilan FC itu berkata dia dan kembarnya Aidil Zafuan mempunyai masalah asma sejak kecil dan perkara tersebut membimbangkan ibunya.

Alhamdulillah, walaupun saya ada penyakit asma, saya tidak ada semput atau demam kecuali hilang deria rasa dan bau.

Zaquan berkata ibunya amat risaukan kesihatannya lebih-lebih lagi selepas dijangkiti virus itu. Tambah Zaquan, dia sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan hanya berada di dalam bilik.

Terdahulu, Zaquan memohon maaf kepada seluruh penyokong skuad Jang itu apabila mereka terpaksa menarik diri daripada saringan Piala Malaysia musin ini gara-gara penularan virus Covid-19.

Kelab itu mengesahkan bahawa 4 pegawai dan 20 pemainnya dijangkiti virus berkenaan dan perlu menjalani pengasingan di rumah dan dipantau pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

SUMBER : Gempak