Ustazah Siti Afifah maafkan semua orang “manusia ada akal, biar Allah buka pintu hati mereka”

Ustazah Siti Afifah maafkan semua orang “manusia ada akal, biar Allah buka pintu hati mereka”

Pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin tampil mengatakan bahawa dia sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengecam dirinya berikutan dua kenyataan yang dibuat baru-baru ini.

Ramai salah faham

Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton video pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular. Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia. Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama. Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana darah yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

Sebelum ini, Ustazah Afifah mencuri perhatian netizen kerana bercakap soal suami yang membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki sebagai dayus dan bersalaman dengan artis boleh hilangkan roh atau jiwa. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen, selebriti dan pendakwah yang lain meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dibicarakan oleh dirinya di media sosial. Ujar Afifah, dia tidak marah malah sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengecam dirinya.

Manusia ada akal