Upacara Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 di hadapan stadium kosong, sambutan tetap meriah
Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang terpaksa dijadualkan semula ekoran pandemik coronovirus sejak tahun lepas akhirnya telah dirasmikan dengan majlis pembukaan yang berlangsung pada Jumaat lepas, walaupun dengan tentangan dari banyak pihak.
Masih dilanda gelombang pandemik, Jepun yang menjadi tuan rumah terpaksa mengolah temasya sukan bersejarah itu untuk mematuhi piawaian keselamatan negara tersebut.
感染対策して観戦
#Tokyo2020 pic.twitter.com/gp4JyoiVHz— Tatsuya Tanaka 田中達也 (@tanaka_tatsuya) July 22, 2021
Walaupun diselubungi keterujaan, ramai yang turut meluahkan rasa kesal acara sukan berprestij itu perlu diraikan pada musim pandemik yang mana bukan sahaja meletakkan atlet dalam risiko jangkitan, malah orang ramai juga tidak berpeluang untuk menyaksikan majlis pembukaan sukan yang hanya berlangsung setiap 4 tahun itu secara langsung di stadium.
“Covid kacau habis…”
dulu bila rio announced yg tokyo akan host 2020 olympic rasa excited nak tengok level grand opening diaorg blh buat and maybe blh beat beijing 2008. unfortunately covid kacau habis. rasa sorrow bila tengok stadium kosong 😔 pic.twitter.com/I79e4J3AdX
— Khairulaming (@khairulaming) July 23, 2021
Walaupun kemeriahan sambutan Olimpik 2020 berbeza dari biasa, perkara itu tidak menghalang orang ramai untuk bersorak bagi negara masing-masing di media sosial.
Majlis pembukaan yang disaksikan seluruh warga dunia juga tidak kurang meriah dengan pelbagai tarikan serta persembahan istimewa, antaranya perarakan 203 pasukan ke dalam stadium dengan pakaian seragam negara masing-masing, penggunaan lagu tema permainan video popular, persembahan seni piktogram, persembahan dron, dan sesi menyalakan kawah obor Olimpik oleh atlet Jepun terkemuka, Naomi Osaka.
BAWA SEMANGAT MALAYSIA♥️🇲🇾 pic.twitter.com/c2ExDKUypc
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 23, 2021
Given everything that’s transpired in Malaysia over the last 18 months, can you imagine how emotional it will be if we were to win our first ever Olympic gold medal?
A spark of joy in the midst of these exhausting, dark times.
Make us dream? ❤️
— Keesh (@keeshmatstats) July 23, 2021
Selain pasukan Malaysia, perarakan oleh pasukan Palestin juga mendapat sokongan ramai memandangkan betapa teruk negara mereka dibedil Israel tahun ini.
Go Palestine!!!!!!! pic.twitter.com/6B4JBVKNdM
— DR TED VADER (@LelakiOnTheGo) July 23, 2021
Free Palestine!!!
*tiada dalam perarakan – Ebit Liew, Caprice dan Nadhir. pic.twitter.com/lnKlrAQ058
— # (@modsya) July 23, 2021
Pita Taufatofua, atlet taekwondo dan juga pembawa bendera negara Tonga yang turut digelar sebagai ‘lelaki minyak’ membuat penampilan kali ketiga pada Olimpik kali ini, turut menjadi salah satu ‘tarikan’ ketika sesi perarakan.
He's here! 👀 Pita Taufatofua#Tokyo2020 | #UnitedByEmotion | #StrongerTogether | #Olympics pic.twitter.com/cxnjBs71EJ
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) July 23, 2021
“Majlis takkan sempurna tanpa Tonga…”
Olympics Opening Ceremony won't be complete without Tonga and its unique flag bearer! #Tokyo2020 pic.twitter.com/pDHgcwTxNL
— ■■■■■■■ (@chevalierkun) July 23, 2021
Tonga's oily flag bearer is one of the greatest Olympics stories ever!
Pita Taufatoufa….
2016: Taekwondo.
2018 WINTER OLYMPICS: Cross country skiing. He had never seen snow before!
2021: Taekwondo.
Flagbearer at all three.
King.#Olympics#OpeningCeremony#TokyoOlympics pic.twitter.com/fHk96PSoIm
— Jake Rosengarten (@Jakeros95) July 23, 2021
Majlis perarakan juga diiringi muzik tema dari francais-francais permainan video dan anime dari Jepun.
TOKYO OLYMPICS 2020 OPENING CEREMONY VIDEO GAME MUSIC LIST #Tokyo2020 pic.twitter.com/9DPuHDyjEc
— ☆オードリーAudrey☆ (@aitaikimochi) July 23, 2021
Segmen piktogram yang dipersembahkan oleh dua artis pantomim Jepun meniru logo sukan-sukan Olimpik juga membuat ramai terhibur.
The #pictograms from #Olympics #OpeningCeremony was really good fun. If you missed it, take a look pic.twitter.com/TcdUq3pexv
— Noel (@noelmarkham) July 23, 2021
😂 love it #Tokyo2020 pic.twitter.com/F8ETCiLvG1
— 𝗔𝘆𝘀𝗵𝗮 𝗥𝗶𝗱𝘇𝘂𝗮𝗻 (@ayshardzn) July 23, 2021
Sementara itu persembahan 1,800 dron di luar stadium yang menyerupai glob berputar berjaya memukau dan mengkagumkan penonton.
Japan 🇯🇵 puts on a spectacular A.I. controlled performance by a Drone Swarm at the Olympics. pic.twitter.com/mNyCIlbYEI
— RR 🇮🇳 (@RakshaRamaiah) July 23, 2021
The drones were also doing the #pictograms #TokyoOlympics pic.twitter.com/4bzAeYQ1AA
— Zoe (@ZoeEntertheGame) July 23, 2021
Upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020 diakhiri dengan kawah obor Olimpik dinyalakan oleh Naomi Osaka, atlet tenis dari Jepun.
Undoubtedly the greatest athletic achievement and honor I will ever have in my life. I have no words to describe the feelings I have right now but I do know I am currently filled with gratefulness and thankfulness ❤️ love you guys thank you. pic.twitter.com/CacWQ5ToUD
— NaomiOsaka大坂なおみ (@naomiosaka) July 23, 2021
Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan semula mempertandingkan 46 jenis sukan yang akan dimainkan oleh kira-kira 11,000 atlet di 42 lokasi di seluruh Jepun. Secara keseluruhan, 206 Jawatankuasa Olimpik Nasional mewakili temasya tersebut. Setakat hari pertama, China telah mendahului dengan 3 emas.
Support Malaysia Guys#TokyoOlympics2021 #tokyo2020 pic.twitter.com/DZy2HX7aUt
— AYAH JUJU 🇲🇾 (@Ilmanyusri) July 23, 2021