“Uish syarat dia…”-’Kantoi’ main telefon dalam kelas, cikgu terus ajak lawan ‘Mobile Legends’ tapi

“Uish syarat dia…”-’Kantoi’ main telefon dalam kelas, cikgu terus ajak lawan ‘Mobile Legends’ tapi

Bagi setiap guru, agak mencabar sebenarnya apabila berhadapan dengan pelbagai ragam murid-murid ketika dalam zaman teknologi kini. Antaranya cabarannya adalah apabila anak murid tidak memberi tumpuan dalam kelas.

Hendak ditegur sekali dua, mungkin susah nak ‘jalan’. Hendak dipukul, bimbang murid itu melawan atau mengadu kepada ibu ayahnya. Hendak didenda, tidak mustahil mereka tidak mahu menurut.

Tapi teknik yang digunakan oleh seorang guru di Indonesia ini sangat mencuri perhatian ramai. Guru bernama Husein ini pada asalnya sedang mengajar subjek di depan muridnya di dalam kelas.

Bagaimanapun, ada antara anak muridnya yang tidak memberi tumpuan kepadanya. Namun sebaliknya, sibuk pula bermain game Mobile Legends di telefonnya semasa Cikgu Husein mengajar di depan.

Kalau guru-guru lain, mungkin sikap anak murid itu boleh membuatkan mereka marah. Tapi tidak pada Cikgu Husein, dia sebaliknya menggunakan taktik seakan ‘reverse psychology‘ untuk menegur anak murid tersebut.

Difahamkan Cikgu Hussein tekad mengajak anak murid yang leka bermain telefon tersebut untuk sama-sama bertarung Mobile Legends dengannya. Tapi sebelum itu, dia menetapkan satu syarat ringkas.

Jika mereka (anak murid) menang dalam perlawanan itu, tiada sebarang kerja rumah yang akan diberikan selama setahun. Bagaimanapun jika kalah, Hussein akan memberikan kerja rumah setahun dalam tempoh seminggu.

“Kalau tak lebih jaguh dari saya, janganlah main (game) di kelas. Kalau (awak) menang, setahun tidak ada kerja rumah. Kalau kalah kerja rumah setahun dikerjakan selama seminggu,” katanya kepada mereka, memetik videonya yang dikongsikan ke TikTok.

Mendengar syarat perlawanan tersebut, ternyata anak-anak muridnya tidak berani untuk meneruskan bermain game tersebut. Sebaliknya mereka kembali fokus dan memberi tumpuan kepadanya.

Jelas di sini terdapat satu kesimpulan yang kita boleh dapat. Teknik Cikgu Husein dalam menegur anak muridnya ini sangat ‘halus’ taktikalnya. Tidak perlu marah atau denda, tapi sertai mereka sekali dengan tujuan helah.

Mungkin teknik ini boleh diamalkan oleh guru-guru lain apabila berdepan dengan situasi yang serupa. Murid sekarang kan sudah moden. Bak kata pepatah, ‘Modern problem require a modern solution‘. Barulah boleh buat macam Cikgu Husein tadi kan?

@husein_ar

Tips untuk guru-guru zaman now 🙏🏼 #fyp #tipsmengajar

♬ Life Goes On – Oliver Tree

Sumber: Indozone / TikTok @husein_ar