Ugut hantar sihir kalau tak teman video call, wanita dedah ‘group chatting’ seram di IG

Ugut hantar sihir kalau tak teman video call, wanita dedah ‘group chatting’ seram di IG

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah memasuki sebuah kumpulan sembang (group chatting) yang menyeramkan di media sosial Instagram.

Cerita wanita tersebut, ‘group’ tersebut dipercayai telah dikendalikan seorang lelaki menerusi sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

@babe.qhaa

semoga dalam lindungan allah 😔🤲🏻 #sihir

♬ bunyi asal – 𝕯𝖆𝖙𝖎𝖓 𝕼𝖍𝖆𝖆 ⚜️ – 𝕯𝖆𝖙𝖎𝖓 𝕼𝖍𝖆𝖆 ⚜️

Lebih menyeramkan, lelaki tersebut turut menunjukkan bukti di mana dia akan melakukan ritual ilmu hitam dan sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video dengannya.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu juga memuat naik foto gadis-gadis yang telah menjadi mangsa ‘sihirnya’ sebelum ini.

 

Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakan Instafamous. Saya buka pesanan suara, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir. Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah.

 

 

Komen TikTokSumber : TikTok  

 

Komen TikTokSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dan berasa seram dengan pendedahan wanita itu.

Berikutan itu, ramai yang menitipkan pesanan agar orang ramai terutamanya kaum wanita lebih berhati-hati di media sosial terutamanya ketika memuat naik foto peribadi serta meminta wanita tersebut membuat laporan polis agar si pelaku itu segera ditangkap oleh pihak berkuasa.

SUMBER : TikTok