Ubah suai pintu kereta seakan ‘lamborghini’ raih perhatian ramai

Sebuah video merakamkan pintu kereta yang diubah suai menjadi seakan-akan pintu Lamborghini, menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di akauan Instagram @jakarta.keras pada Selasa, kelihatan sebuah kereta berwarna hijau yang diparkir di tepi jalan raya yang agak sibuk.
Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan seorang lelaki membuka pintu kereta itu dari dalam kenderaan.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai apabila pintu itu tidak terbuka ke tepi seperti kereta biasa tetapi terbuka ke atas seakan-akan pintu Lamborghini.

Tetapi, ketika lelaki tersebut cuba menutup semula pintu kereta tersebut, dia dilihat mengalami sedikit kesukaran.



Sumber: HitsSuara dan Instagram @jakarta.keras