Tunang kantoi ditangkap khalwat dengan 6 lelaki, bakal suami tuntut ganti rugi
Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila tunangnya ditangkap khalwat dengan enam lelaki.
Menerusi perkongsian yang dikongsikan semula di platform X, lelaki berkenaan memberitahu bahawa iniden itu berlaku ketika bakal isterinya itu sedang meraikan parti bujang.
Tunang aku kena tangkap basah dalam hotel dengan seorang perempuan dan enam lelaki. Mak dan abang dia sibuk telefon suruh aku kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka.
Aku dah beritahu dia jangan buat bachelorette party tu waktu malam, buat je dekat restoran sebab dia cakap nak staycation. Aku marah tapi aku lebih berterima kasih sebab jadi sebelum nikah.
Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini memaklumkan sebelum ini juga dia sudah berkali-kali ‘makan hati’ dek sikap si tunang yang sering melepak dengan kawan-kawan lelakinya sehingga lewat pagi. Namun disebabkan ‘cinta’, dia menerima segalanya.
Kawan tahu semua waktu dia period, dah habis period. Dilayan bagai puteri katanya dan mak dia pun biar sebab dari kecil kawan. Malu nak tegur sebab keluarga dah kenal.
Aku bodoh sebab cinta sebelum ni. Tapi aku dah malas nak layan kebodohan ni.
Tetapi kejadian ditangkap khalwat ini membuatkan dia nekad untuk memutuskan hubungan mereka dan enggan meneruskan perkahwinan seperti yang dirancang.
Majlis kami? Biar dia yang bayar balik semua. Kalau tak nak bayar, selesaikan di mahkamah. Duit tunang pun aku akan tuntut semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa lelaki ini kerana insiden itu berlaku menjelang hari perkahwinannya.
Dalam pada itu, mereka berharap agar kejadian ini dijadikan pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan.