Tular video warga emas gaduh sampai kerusi patah, ramai nak tahu punca sebenar

Tular video warga emas gaduh sampai kerusi patah, ramai nak tahu punca sebenar

Perasan marah yang meluap-luap biasanya boleh mengundang kepada perlakuan yang tidak diingini seperti pergaduhan. Ada sahaja pergaduhan yang bermula dengan rasa geram dan tidak berpuas hati mengenai sesuatu isu.

Gaduh sampai baling2 kerusi

Namun TikTok @baebyyayaaa_, dia telah memuat naik satu rakaman video menunjukan dua orang lelaki warga emas bergaduh di kawasan awam.

Video Player

https://www.tiktok.com/@baebyyayaaa_/video/7032235990962015514?sender_device=pc&sender_web_id=6992198126565082625&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Dalam video tersebut dapat dilihat mereka saling bergaduh mulut sebelum salah seorang daripada mereka membaling kerusi sehingga patah.

Pergaduhan itu dileraikan oleh orang yang berada di kawasan terbabit selepas ada diantara mereka yang menjerit kerana terkena balingan kerusi.

 

Takut nak masuk campur, rakam sebab nak buat report

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan berkaitan lokasi dan punca pergaduhan. Namun, pengguna TikTok itu memaklumkan yang dia merakam video tersebut bertujuan untuk dijadikan bukti bagi laporan polis yang ingin dibuat.

Pakcik tu dah buat report, tangan alami luka & bengkak

Kesian sampai kerusi patah kena tibai

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan tertanya-tanya apa yang berlaku sehingga salah seorang warga emas dibaling kerusi sehingga patah.

Ada juga yang membuat andaian bahawa pakcik berkenaan tidak berapa sihat.

Ada kata pakcik ni tak sihat. Betul ke?

Setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada perakam kejadian tersebut dan masing-masing masih bertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku sehingga kejadian berkenaan tular serta mendapat tontonan lebih daripada 7 juta viewers di TikTok.