Tular video lelaki tidak berbaju, tendang & pukul pelajar tahfiz dalam surau

Tular video lelaki tidak berbaju, tendang & pukul pelajar tahfiz dalam surau

Satu video tular berkenaan beberapa orang lelaki hadir ke sebuah surau yang dipenuhi pelajar-pelajar sekolah tahfiz telah menjadi sorotan media susulan tindakan mereka yang membuat kacau di lokasi tersebut.

Biadapnya jadi orang

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Instagram menggunakan nama akaun Fazlin1215, seorang lelaki berseluar pendek dan memakai kasut telah naik ke tangga surau dan memanggil beberapa orang pelajar sekolah tahfiz.

 

Mengamuk, pukul budak tahfiz dalam surau

Dia yang berlagak seperti gengster itu tidak memakai baju dan terus memukul beberapa orang pelajar di hadapan surau tersebut sambil menjerit-jerit.

Video yang diambil secara sembunyi-sembunyi itu turut merakam tenaga pengajar disitu telah dipegang oleh konco-konco lelaki berseluar pendek terbabit.

Tindakan itu dilakukan mungkin untuk mengelakkan dia campur tangan dalam permasalahan antara sekumpulan lelaki dengan beberapa orang pelajarnya.

Kalau ada masalah, bincang la baik2

Selain itu, pelawak terkenal, Achey Bocey turut berkongsi video terbabit dan menulis agar lelaki-lelaki terbabit ‘dikutip’ pihak berkuasa kerana melakukan kekacauan di tempat ibadah.

Dia juga meminta agar permasalahan yang menjadi punca pertelingkahan tersebut dibincang secara baik dan bukan dengan kekerasan seperti ditunjukan dalam video.

 

Pakai seluar pendek masuk surau?

Menjengah ke ruangan komen kedua-dua posting tersebut, pelbagai maklum balas telah diterima. Rata-rata mereka menyelar tindakan biadap sekumpulan lelaki itu yang seolah-olah mencemarkan tempat beribadah lagi-lagi dengan pemakaian yang tidak sopan.

Mereka juga berharap supaya lelaki yang berlagak seperti gengster itu segera diambil tindakan berikutan membuat kekacauan di kawasan sekolah tahfiz.

Kes percaya kata anak?

Kes dalam siasatan

Dah kena tangkap ke belum?

Mohon segera ambil tindakan

Semoga Allah beri balasan terhadap perbuatannya

Mendidih darah tengok orang biadap macam ni

 

 

Walau bagaimanapun, , setakat ini belum ada sebarang penjelasan berkenaan punca lelaki-lelaki terbabit mengamuk dan memukul beberapa orang pelajar tahfiz di sana.

Sumber: Instagram act1453_775acheykintangkintung