Tular suami sedih menangis isteri meninggal sebab covid-19, selepas 4 hari suami pula ‘pergi’ buat selama-lamanya

Sebelum ini, viral sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki yang gagal menahan sebak berikutan isterinya yang meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19. Menerusi video tersebut, lelaki ini hampir rebah di hadapan rumah dan cuba ditenangkan oleh anak-anak.
Difahamkan, ketika kejadian empat anaknya yang lain tidak sempat untuk mengiringi jenazah ibunya berikutan masih berada di pusat kuarantin. Video tersebut bagaimanapun, berjaya membuatkan netizen berasa sebak melihat tangisan lelaki ini.
Suami pula meninggal dunia
Foto: Tangkap layar video
Terbaru, pemilik video TikTok, dikenali sebagai Hidayah menceritakan bapa saudaranya pula dijemput menghadap Sang Pencipta berikutan mempunyai masalah jantung. Pasangan ini meninggalkan lima cahaya mata lelaki berusia 7 hingga 23 tahun.
Menerusi video lain, jelas kedengaran suara anak kepada pasangan ini yang cuba menahan sebak dan akur apabila kedua ibu bapa tersayang dijemput Allah S.W.T. Difahamkan, kejadian ini berlaku di Kampung Tok Dir, Terengganu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendapat perkhabaran duka tersebut dan mereka pada masa yang sama turut mendoakan semoga pasangan ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Video penuh:
@dayahzulrimi Al-fatihah pok saudara ku . Baru kehilangan isteri . Sekrang pok pulok g😭😭
Al-Fatihah
Sumber: Hidayah