Tular suami isteri ‘kembar berlainan bapa’, tempat lahir, masa lahir, tarikh lahir & tahun lahir semua sama

Jika sudah jodoh, pasti akan bertemu. Begitulah yang sering kita dengarkan jika kita sudah bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Ini sama juga dengan kisah unik sepasang suami isteri daripada negara jiran kita yang dikatakan ‘kembar’ tetapi berlainan ibu dan bapa.
Menerusi akaun TikTok sakilagustina, dia berkongsikan kisah percintaan uniknya dengan suaminya yang mempunyai tarikh lahir yang sama.
“Kembar tetapi tidak seibu sebapa,” dalam kapsyen ditulis.
Bukan hanya mempunyai tarikh lahir yang sama, bahkan tahun, tempat kelahiran dan masa kelahiran juga sama!
“Cuma rumah sakit yang berbeza,” jelasnya lagi
Wanita itu juga turut berkongsikan gambar Kartu Tanda Penduduk (KTP) atau dikenali sebagai kad pengenalan miliknya dan suami.
Dalam KTP wanita tersebut terlihat tarikh lahirnya yang jatuh pada 6 Ogos 1994 di Sukabumi sementara pada kad suaminya juga memiliki kota dan tarikh yang sama.
Video ini mendapat telah viral dan mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.4 juta. Walaupun pada awalnya ada yang sukar untuk percaya, tetapi ada juga yang meninggalkan komen seperti mungkin sudah ditakdirkan jodoh mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ada yang meninggalkan komen positif dan ada juga yang mempunyai tarikh yang sama dengan pasangan mereka.




Sumber : suara.com