Tuan tiada di rumah ketika banjir, kucing berenang ke rumah jiran raih perhatian ramai

Tuan tiada di rumah ketika banjir, kucing berenang ke rumah jiran raih perhatian ramai

Kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini bukan sahaja memusnahkan banyak kediaman malah ramai yang turut terkandas apabila air banjir naik dengan mendadak. Selain manusia, haiwan juga antara yang turut sama terkesan sama seperti gelagat seekor kucing ini yang cuba menyelamatkan dirinya.

Gelagat kucing itu yang berenang ke rumah jirannya semasa banjir berjaya meraih perhatian ramai. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih sejuta tontonan setakat ini di mana netizen turut kagum melihat kesungguhan kucing tersebut.

@zettyzulkipeliiTuan dia balik kampung, lepstu rumah banjir. Dia berenang dari rumah dia ke rumah aku 😂 #banjir2021

♬ suara asli – Sekar🦋🧚🏻‍♀️ – Sekar🦋🧚🏻‍♀️

 

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang gigih berenang dalam air banjir itu. Namun mujur juga air banjir tersebut tidak begitu dalam dan memudahkan kucing itu untuk berenang ke rumah jirannya.

Menurut pemilik video, tuan kepada kucing tersebut tiada di rumah kerana berada di kampung semasa banjir melanda. Kucing itu kemudiannya dilihat cuba menyelamatkan dirinya dengan berenang ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.

kucing berenang

Turut dapat dilihat, kucing itu berenang dengan perlahan-lahan sambil menghampiri kawasan rumah jirannya. Melihatkan aksi beraninya ini, ramai yang turut terkejut melihat kucing sebenarnya tahu untuk berenang dalam situasi seperti ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum melihat kegigihan kucing itu berenang. Malah ada yang memberitahu ini adalah kali pertama mereka melihat kucing berenang dan terkejut melihatnya.

“Pandai je dia berenang.”

kucing

“Susah nak cari kucing waterproof macam tu.”

berenang

“Kucing be like: aku nak tumpang rumah kau kejap ni.”

komen

“Dia kata tuan dia tak ada dekat rumah. Jadi tolong jaga saya ye sementara.”

tik tok