“Tu tempat aku cuci b*rak baby..” Netizen ‘kembang tekak’ tengok lelaki masak maggi dalam sinki hotel
Sedia maklum, platform TikTok pada era ini menjadi pilihan nombor satu buat setiap individu terutamanya dikalangan remaja menggunakannya untuk memuat naik video-video mereka, sama ada bermanfaat atau tidak.
Terbaharu, tular di platform popular tersebut satu video memaparkan sekumpulan remaja lelaki sedang memasak mi segera di dalam sebuah hotel area Kuala Lumpur.
Difahamkan dari sekumpulan remaja itu, pihak hotel tidak menyediakan kelengkapan makanan seperti sudu, garfu serta mangkuk untuk mereka, jadinya mengambil ‘inisiatif’ untuk memasak maggi tersebut di dalam sinki yang terletak di tandas hotel terbabit.
Tips makan Maggi dalam hotel kalau tak ada mangkuk. pic.twitter.com/QfuIXK7Rsw
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) January 2, 2022
Dalam pada itu, seorang dari sekumpulan lelaki itu memberitahu mereka sudah membersihkan sinki itu terlebih dahulu dan mula memasak mi segera menggunakan air panas.
Selepas ianya tular di TikTok, terdapat seorang pengguna yang berkongsi semula video itu dalam Twitter dan sekali lagi sekumpulan remaja itu dikecam oleh warganet.
Ramai netizen yang berpendapat remaja-remaja tersebut tidak seharusnya memasak dalam sinki itu kerana ianya digunakan untuk banyak perkara seperti membasuh najis bayi ataupun berkumur.
Walaupun sekumpulan lelaki itu telah memperjelaskan bahawa mereka sudah membersihkan sinki tersebut, netizen masih merasakan hal itu sepatutnya tidak dibuat atas faktor kesihatan.