Tidak hirau dikritik, Aliff Syukri pelawa Awie berduet bersama

Tidak hirau dikritik, Aliff Syukri pelawa Awie berduet bersama

SUSULAN kenyataan kesal Datuk Awie mengenai kehadiran usahawan dan personaliti media sosial mencuba nasib menjadi penyanyi, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil berkongsi pandangannya mengenai perkara itu.

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dia tidak peduli dengan apa jua pendapat yang dilemparkan oleh penyanyi rock itu kerana kehadirannya adalah untuk menyerikan industri hiburan tanah air.

Katanya, Awie sebagai seorang penyanyi yang sudah menempuhi zaman kegemilangan sebagai bintang rock sepatutnya memberi peluang kepada individu lain untuk turut sama menceburi bidang seni suara.

Aliff dalam nada sinis turut mempelawa Awie untuk bekerjasama dalam penghasilan lagu baharu akan datang.

“Ini tahun 2022 semua orang berhak berkarya, semua orang berhak mempamerkan bakat. Jadi saya sebagai peminat Datuk Hattan, Awie.

Aliff tidak menghiraukan kritikan atau kecaman daripada selebriti mahupun netizen kerana beranggapan dirinya sebagai artis nombor satu di Malaysia.

“Kepada Datuk Awie, I love you, I peminat setia you, you dah ada zaman kegemilangan you sebagai penyanyi rock walaupun sampai sekarang.

“Alhamdulillah lagu saya trending dan saya teringin untuk berduet dengan you. I rasa kalau berduet dengan you mungkin trending sebab saya kan artis nombor satu. Mana tahu dia nak berduet dengan saya,” jelas kepada mStar.

Dalam pada itu, Aliff turut menyifatkan mereka yang mengkritik dan menghinanya sebagai sebagai golongan yang cemburu melihat kejayaannya.

Aliff juga mengatakan tujuannya menghasilkan lagu untuk kegunaan di platform media sosial dan saluran YouTube.

“Sebenarnya mereka itu cemburu sebab mereka tidak trending. Mereka cemburu sebab mereka tiada suara sedap macam saya. Mereka cemburu sebab tiada peminat macam saya. Itu saja mereka cemburu.

“Saya tidak minta orang keluarkan lagu saya. Mereka yang kutuk-kutuk saya pun, saya punya pendapatan sampingan buat lagu ini cecah puluh-puluh ribu.

 

Untitled design (22)

Biarpun dikritik Aliff tetap optimis untuk terus menghasilkan lagu dan meneruskan kerjaya nyanyiannya pada masa hadapan.

“Jadi mereka yang nak kutuk-kutuk saya ini, saya tidak kisah apa orang cakap sebab saya tidak minta duit mereka dan saya tidak minta derma duit mereka buat lagu ini,” katanya.

Saya tidak minta orang keluarkan lagu saya. Mereka yang kutuk-kutuk saya pun, saya punya pendapatan sampingan buat lagu ini cecah puluh-puluh ribu

DATUK ALIFF SYUKRI

USAHAWAN & PENYANYI

Pada masa sama, Aliff turut mengatakan dia ada menerima tawaran daripada syarikat rakaman luar negara namun menganggap kerjaya nyanyian sebagai hobi dan pekerjaan sampingan.

Biarpun berdepan dengan kritikan dan kecaman, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan lagu lagi pada masa akan datang.

Sebelum itu, Awie menerusi laporan mStar meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni ‘dilacurkan’ oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

Kata Awie, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

Lagu Baby Sayang nyanyian Aliff Syukri bersama Baby Shima kini menduduki tangga kedua trending di laman YouTube.