Terubat rindu, anak jumpa Yasin Sulaiman di mahmakn, ramai luah rasa sebak

Terubat rindu, anak jumpa Yasin Sulaiman di mahmakn, ramai luah rasa sebak
Anak kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, Malaika, 14, dilihat gembira ketika dapat bertemu dengan bapanya selapas sesi sebutan semula kesnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.
Menerusi hantaran berkenaan, IG yang diuruskan oleh keluarganya itu memaklumkan laporan kimia sudah selesai dan sebutan kes akan berlangsung pada 6 Julai depan.
“Hari ini sebutan kes Yasin di mahkamah. Alhamdulillah laporan kimia sudah siap dan tarikh mahkamah yang seterusnya ialah pada 6 Julai, dua minggu dari hari ini (semalam).
“Rambut Yasin digunting oleh Barber Shop Hafis Kedah, rakan tahanan di Sg Buloh,” tulis keterangan yang dikongsikan dalam kapsyen itu.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutmedia sosial yang memberi pelbagai reaksi.
“Alhamdulilah terubat rindu anak dan bapa,” komen salah seorang pengikutnya.
“Sedihnya….I know you strong,” luah salah seorang warga net.
“Berharap Yasin dapat dibebaskan segera,” harap salah seorang netizen.
Muhammad Yasin didakwa di Mahkamah Majistret, pada 31 Mac lalu, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di kediamannya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.