“Terlalu over” watak Sherry Al-Hadad ibu kepada Ryan Bakery dikritik
Sejak kebelakangan ini, nama pempengaruh tersohor kini iaitu Ryan Bakery menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, setiap konten yang dimuat naik oleh pemuda berusia 27 tahun ini sangatlah menggamit memori ketika masih kecil dan berada di bangku persekolahan.
Ryan Bakery sepentas bersama Sherry Al-Hadad di pentas MeleTop
Terbaharu, pemilik nama Muhammad Ryan Fahmi Bakery dijemput sebagai tetamu jemputan bagi rancangan MeleTop dan berpeluang untuk berlakon bersama pelakon berbakat besar, Sherry Al-Hadad.
Menerusi video yang dimuat naik oleh MeleTop, dilihat Ryan dengan penampilan muka dipenuhi bedak tabur dimarahi oleh Sherry (membawa watak sebagai ibu) kerana masih belum mandi memandangkan sudah memasuki waktu maghrib.
Sorry, jadi tak best. Sherry over!
Pun begitu, watak ibu yang dimainkan oleh Sherry itu menerima kritikan warganet kerana nada dan intonasi suara adalah tidak bersesuaian. Malah, mereka juga mengatakan lakonan oleh aktres berusia 38 tahun itu tak semula jadi dan keterlaluan.
Tapi kalau Ryan bergabung dengan Kak Lina Pompom confirm best!
Terdapat warganet berrharap Ryan digandingkan dengan Kak Lina kepom iaitu Elly Mazlein memandangkan aktres itu berasal dari Perak dan berkongsi loghat yang sama dengan ibu asal Ryan.
Bab hentak kaki tu sebijik sungguh! Tak payah dialog dah lawak
Melihat perkongsian di Instagram MeleTop, ramai memuji aksi hentakkan kaki dan jelingan ‘maut’ Ryan Bakery ketika dimarahi oleh Sherry di mana ia menjadi dan ‘sebijik’ dengan kelakuan semasa kecil sebagai tanda protes.Sumber: Instagram @meletop , Facebook MeleTop