Terkini! Israel tahan imam Masjid Al-Aqsa
Pihak berkuasa negara pengganas Israel semalam menahan imam Masjid Al-Aqsa, Shiekh Ekrima Sabri, di rumahnya di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
Sabri, 82, adalah Mufti Agung Palestin dari tahun 1996 hingga 2006, dan pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel.
Imam itu disoal siasat dan kemudian dibebaskan beberapa jam selepas dibawa dari rumahnya di kawasan al-Suwaneh, berhampiran Mount Olives.
Isteri Sabri berkata, polis membawa suaminya ke Pusat Tahanan Moscovia di Baitulmaqdis Barat tanpa sebarang penjelasan, pada jam 10 pagi ketika beliau sedang menyiapkan khutbah Jumaat.
Sabri memberi khutbah Jumaat di Masjid Al-Aqsa sejak 1973.
Sebelum ini, beliau beberapa kali dilarang masuk perkarangan suci di Kota Lama terutama pada 2000 tatkala ‘intifada kedua’ tercetus.
Penahanan Sabri pada Rabu adalah sebahagian dari gelombang penangkapan yang dilakukan oleh pasukan tentera Israel, bersama-sama warga Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Di Bethlehem, pasukan tentera Israel menahan empat rakyat Palestin, sementara lima yang lain ditahan di Jenin, Ramallah dan Nablus.
Semalam juga Wafa melaporkan, Israel merobohkan harta benda komersial Palestin di kampung Ein Shalabi berdekatan Nablus susulan kekurangan permit bangunan,
Permit bangunan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur hampir mustahil diperoleh dari Israel bagi warga Palestin. – Agensi