Terima ‘offer’ berkempen untuk parti politik, Caprice letak harga RM 1 juta

Terima ‘offer’ berkempen untuk parti politik, Caprice letak harga RM 1 juta

Media sosial merupakan salah satu ‘senjata’ bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) kali ini, pastinya ramai antara anda semua sering terlihat beberapa orang influencer yang mempromosi dan berkempen untuk parti pilihan mereka kan?

Tidak dapat dinafikan, media sosial mampu menarik pengundi kerana rata-rata rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa melayari internet, terutama sekali anak muda yang akan turun mengundi buat kali pertama.

Baru-baru ini, aktivis dan rapper terkenal Caprice mendedahkan perbualan pihaknya dengan seorang individu yang menawarkan posting berbayar untuk berkempen bagi sebuah parti politik.

Caprice menerusi Instagram berkongsi dia ditawarkan untuk memakai t-shirt parti berkenaan dan memuat naik video dalam akaun TikTok miliknya.

 

 

“Agak2 dapat lock job ni ke tak?”

 

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi individu berkenaan memintanya memuat naik video dengan memakai t-shirt parti berkenaan dan bertanyakan harganya untuk sebuah posting.

Individu berkenaan juga menghantar beberapa video rujukan untuknya tetapi Caprice meletakkan harga RM 1 juta untuk sebuah posting dan memberitahu dia menganggap kempen politik ini sesuatu yang bahaya.

Menerusi posting berkenaan, dapat dilihat pihak Caprice menolak tawaran tersebut.

Uih, ada ke yang sanggup bayar RM 1 juta dekat Caprice?