Terima mesej lucah dari lelaki berkopiah, baby Shima dakwa bukan fake account

Terima mesej lucah dari lelaki berkopiah, baby Shima dakwa bukan fake account

Penyanyi sensasi, Baby Shima mendedahkan menerima gangguan berbentuk tulisan daripada seorang lelaki yang kerap menghantar mesej menerusi ‘direct message’ (DM) di laman Instagram miliknya.

Menerusi sebuah posting dimuat naik, pemilik nama Nor Ashima Ramli itu meluahkan rasa bengang sekali gus mendedahkan akaun serta wajah lelaki tersebut sebagai pengajaran kepada umum.

 

 

Shima berkata, akaun lelaki berkenaan dipenuhi foto dan video berunsur Islamik seperti berpenampilan memakai kopiah tetapi tidak melambangkan imej sebenarnya yang seolah-olah menjijikkan.

Malah, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu juga dapat menjangka sekiranya lelaki tersebut memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan yang kononnya akaun Instagram telah digodam.

 

 

“Instagram abang penuh dengan ceramah baik2 alhamdulillah suka tengok. Tapi di belakang orang masyallah. munafikman, kol*mman. Kejap lagi dah kantoi, kena hack.. okey tu perkara biasa.

“Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Zizi pula.. hati hitam boleh tutup dengan jubah eh eh eh banyaknya orang munafik zaman sekarang ni,” tulisnya hari ini.

Posting dikongsi Shima itu memaparkan beberapa tangkap layar DM kata-kata lucah yang diterima daripada lelaki terbabit.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya lelaki tersebut adalah pemilik akaun yang menghantar DM kepada Shima atau sekadar menggunakan identiti palsu semata-mata.

Mesej lucah yang diterima Baby Shima.

“Kalau tengok daripada profil akaun lelaki itu macam akaun fake menggunakan identiti orang lain.

“Akaun palsu itu, gambar pun tak ada satu like (tanda suka). Tak payah layan akaun palsu ni,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, Shima yang membalas komen salah seorang pengikutnya mengesahkan akaun berkenaan adalah asli kerana lelaki tersebut pernah menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

“Memang dia, sebab ada hantar gambar dia tengah…,” tulisnya.

 

Peminat minta Baby Shima buat laporan polis.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut penyanyi itu meminta Shima membuat laporan polis kerana gangguan seksual yang dibuat adalah melampau.

“Buat laporan polis kalau ada gangguan seksual macam ini. Kalau tak buat banyak lagi gangguan akan dapat.

“Mesti kena ‘sabotaj’ ni, tidak mengapa bang, kami faham,” komen netizen.

Tinjauan lanjut terhadap akaun tersebut mendapati individu berkenaan masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut malah Instagramnya masih boleh diakses dan tidak diletakkan dalam mod private.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mengecam perbuatan jelek lelaki itu selain mengakui bahawa imej sesesorang itu tidak menggambarkan keperibadian yang ada dalam diri masing-masing.

Posting dia tak melambangkan peribadi

Buat je laporan polis!

Geli betul, acah alim tapi hakikatnya…

Betul ke tu? Takut fitnah je

Salahkan manusia, bukan agama

Namun begitu, lelaki terbabit belum memberikan sebarang penjelasan malah akaunnya juga masih diakses orang ramai kerana tidak diletakkan dalam mod privasi.

Sumber: Instagram Baby Shima