Terima hantaran dari suami, tetamu kasihan pengantin perempuan kena pakai emas 60kg masa kahwin

Terima hantaran dari suami, tetamu kasihan pengantin perempuan kena pakai emas 60kg masa kahwin

Sebuah majlis perkahwinan di Hubei, China berlangsung pada 30 September lalu, menarik perhatian ramai apabila pengantin perempuan memakai aksesori emas seberat 60 kilogram.

Tindakan pengantin ini bagaimanapun, meraih kritikan dan ‘simpati’ daripada netizen berikutan dia dilihat sukar untuk berjalan berikutan membawa ‘beban’ yang berada di leher dan pergelangan tangannya.

Pakai emas 60kg

Foto: Tribun News

Lapor Tribun News, pengantin perempuan ini segak mengenakan gaun berwarna putih dipadankan dengan suaminya yang memakai sut hitam. Bagaimanapun, pengantin lelaki terpaksa ‘membongkok’ demi membantu isterinya untuk menanggung beban emas tersebut. Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut risau dengan pengantin perempuan ini berikutan kesukarannya untuk berjalan.

Mengulas lebih lanjut, pengantin perempuan ini memakai 60 gelang emas dan setiap satu gelang tersebut dianggarkan mempunyai berat satu kilogram dan pemberian tersebut merupakan hantaran daripada pihak lelaki yang berasal daripada keluarga berada.

Difahamkan, pengantin lelaki ini juga mempunyai kerja tetap dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Menurut kepercayaan, emas adalah simbol kekayaan, melambangkan status seseorang itu dan dipercayai mampu menghalang roh jahat.

Sumber: Tribun News